Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Saturday 20 July 2013

Perginya Seorang Ibu

Bismiillahirahmanirahim...

Sayu hati teringatkan allahyarhamah yang baru sahaja meninggal dunia.
Saudara terdekat ibu baru sahaja pulang ke rahmatullah pada malam Jumaat, bulan Ramadhan,18 Julai 2013.
Siapa sangka sakit yang dialami selama ini sebenarnya simpton penyakit kanser.
Sebaik habis berpantang melahirkan anak kelapannya, beliau jatuh sakit dan terpaksa dihantarkan ke hospital. Hasil ujian yang dilakukan oleh doktor di Hospital Kuala Terengganu, memberi tamparan hebat buat keluarganya,terutama suami dan anak-anaknya, beliau disahkan menghidap kanser paru-paru dan seterusnya merebak kepada tulang pada tahap bahaya, yang sudah tidak ada peluang lagi untuk doktor mengubatinya. Segalanya terserah kepada kuasa Allah. 3 minggu terlantar di hospital, belaiu tidak dapat berjalan kerana penyakitnya itu. Jika bergerak pun, amat menyakitkan, pedih rasanya. Sayu hati si suami melihat keadaan isterinya, tetap berusaha untuk mengubati isterinya, sehingga mengambil jalan lain pula untuk berubat cara kampung, tapi tidak kesampaian, kerana sukar untuk membawa isterinya pulang yang keadaan semakin kritikal dan perlu menggunakan bekalan oksigen.
Diri ini sempat pulang ke kampung sebelum tibanya Ramdhan, melihat, mendukung anak perempuannya yang bongsu yang baru berusia 5 bulan, yang tidak tahu apa-apa keperitan ibunya. Sayu hati melihat anak kecil itu, sekarang dijaga oleh ibu saudaranya, ayahnya tidak mampu menguruskannya sejak ibunya masuk ke hospital lagi. Anak-anak beliau masih kecil, yang sulong berusia 16 tahun, adik-adiknya ada yang berusia 2 tahun, 4 tahun,6 tahun,sekolah rendah dan menengah. Keadaan ini membuatkan diri ini makin sayu,
Arwah seorang isteri yang baik, menjaga agama, manisnya arwah saat beliau masih sihat dengan tudung labuhnya sambil memegang anaknya,penyantun,penyabar. Terkejut juga mendengar penyakit yang dialami itu, kuasa Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali..
Pada hari Khamis, pagi itu arwah sudah tidak bersuara, nafasnya dalam-dalam ketika bernafas,matanya ke atas. Ibu saudara saya yang bekerja di hospital itu turut menjaga dan melihat keadaannya, segala cerita di hospital dia yang akan salurkan kepada kami. Setiap kali ibu saudara saya pergi melihat keadaannya, pasti tangisan akan keluar. Pada malam itu, malam Jumaat,dalam 9 malam, "heartbeat" makin menurun, dan tiba-tiba mendadak turun. sayu hati melihat keadaan yang dari pagi sampai ke malam seperti itu, melihat "heartbeat" pada mesin di sebelah, ibu saudara mnyuruh suaminya mengajar mengucap 2 kalimah syahadah. Pada 9.15 malam, arwah pergi...
Pada ketika itu juga, anaknya yang bongsu dijaga oleh ibu saudaranya di rumah, anaknya itu tidak pernah meragam,jarang menangis, entah kenapa, pada malam itu ,pada jam 9 lebih ,anaknya menangis tanpa henti, hilang akal mereka bagaimana untuk hentikan tangisan anak kecil itu.. Seolah-olah mengerti kepergian ibunya..
Pagi Jumaat, dalam 11 pagi jenazah dikebumikan di tanah perkuburan yang begitu hampir dengan rumahnya. Saya dan keluarga tidak sempat melihat rupa jenazah buat terakhir kali, sampai-sampai jenazah sedang diangkat untuk ke tanah perkuburan. Saudara yang hadir awal dari kami ada yang bercerita, rupa arwah sangat bersih, seakan-akan sedang senyum. Sayu hati mereka apabila anak-anak menangis di sisi ibu mereka. Anak yang kedua menangis paling kuat, mungkin teringat marah ibunya kepadanya dulu yang agak nakal dalam adik beradiknya.. Tapi marah ibunya,tanda sayang kepada anak-anaknya.. Pagi itu cuaca redup, tidak panas, tidak pula hujan, redup sahaja. Ternampak suami arwah, ibu sempat menegur sepupunya itu dan mngucap takziah, dia hanya mampu tersenyum, dan beralih ke soalan lain, " baru sampai dari Kemaman? nak kebumikan dh ni. gi lah naik atas rumah dulu" ibu hanya menggangguk, matanya sudah berair.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadanya, anak-anaknya sekeluarga,bantulah mereka ya Allah.. dan rahmatilah ,berkatilah allayarharmah dan ampunilah segala dosanya.. moga arwah tenang di sana.. amin ..
InsyaAllah...

*teringat arwah sangat mahukan anak perempuan, bila yang ketujuh dan kelapan baru lah perempuan.. anak-anak perempuannya masih kecil, yang ketujuh berusia 2 tahun, yang ke lapan berusia 5 bulan. tak sempat main-main dengan anak-anak perempuannya dan melihat mereka membesar.. InsyaAllah, moga mereka sekeluarga bertemu di jannah nanti... 

Saturday 23 February 2013

When I fall in LOVE~

YES! TRUE!
IM FALLING IN LOVE RIGHT NOW..




SUBHANALLAH..
TIDAK SAYA JANGKA, INDAHNYA RASA PERCINTAAN INI..




DIA BEGITU MEMAHAMI SAYA..
MENDENGAR KELUHAN, MASALAH DAN CERITA SAYA..
TANPA JEMU.. TANPA PERNAH MELUPAKAN SAYA APABILA SAYA MEMERLUKAN DIA..
 YANG LAGI SWEET TENTANG DIA.. DIA SUKA MENDENGAR, DAANN..
APABILA DIA MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN DAN MEMBANTU MASALAH SAYA,,,
SUBHANALLAH, HALUSNYA CARA DIA, HEBAT, DALAM KELEMBUTAN ADA PANAHAN JAWAPAN YANG TEPAT DAN SESUAI UNTUK SAYA..
SEBAB ITULAH SAYA KATAKAN KEKASIH SAYA INI SWEET...
BERBICARA DENGAN LEMAH LEMBUT, WALAUPUN TEGAS TETAPI TETAP BERLEMBUT..





BAIK,SAYA MENGAKU...
SAYA CINTA DIA..
CINTA SANGAT..
SANGAT SANGAT..









SAYA AKUI, SAYA BANYAK BUAT SALAH PADA KEKASIH SAYA..
BANYAK KALI SAYA BUAT TAK ENDAH DISEBABKAN HAL DUNIA..
SEMUA ITU LAGHA..
MUNGKIN SEBAB ITULAH SAYA TIDAK MERASA LAGI CINTA PERTAMA SAYA YANG DAHULU DENGANNYA SEPERTI MANA SAYA RASA SEKARANG INI..









KEKASIH YANG SANGAT PENYAYANG, SAYA MINTA MAAF..
MINTA MAAF KERANA MELUPAKAN AWAK KADANG-KADANG..
TAPI, BILA AWAK BANTU SAYA, SUBHANALLAH, SAYA TAK TERKATA DENGAN BANTUAN AWAK..
AWAK HEBAT..SANGAT HEBAT..TIDAK DAPAT SAYA GAMBARKAN..



HM...BOLEH KE SAYA NYATAKAN DEKAT SINI??
ERMM...





 SAYA RINDU AWAK...
RINDU SANGAT-SANGAT...
SAYA MAHU, BILA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN AWAK DENGAN IZIN AWAK,
BIARLAH AWAK REDHA DAN SENANG DENGAN SAYA..
SAYA TAK NAK BERJUMPA DENGAN AWAK DALAM KEADAAN AWAK MARAH KEPADA SAYA.... SAYA TAKUT KALAU AWAK MARAH...

DAN, SAYA MAHU, BIARLAH RASA CINTA SAYA KEPADA AWAK BERPANJANGAN TIDAK TERKURANG,MALAH BERTAMBAH, SAMPAI KE AKHIRAT NANTI...

BIARLAH HIDUP SAYA HANYA UNTUK AWAK...
UNTUK AWAK..
UNTUK AWAK..

HANYA UNTUK AWAK..
OH  ALLAH...



ALLAH..ALLAH..ALLAH,,ALLAH...

MATILAH AKU DALAM IMAN, MATILAH AKU DALAM KEADAAN ALLAH REDHA DENGANKU, MATILAH AKU DALAM KEADAAN ORANG SEKELILING REDHA DENGANKU, MATILAH AKU DALAM KEADAAN YANG BAIK..AMIN...







Thursday 21 February 2013

Setabah Zainab binti Muhammad


Bismillahirahmanirahim..


Siapa yang tidak kenal puteri sulung Rasulullah s.a.w kalau bukan Zainab binti Muhammad. Kagumnya saya kepada tokoh Islam yang besar ini, kerana beliau sangat hebat dalam berdakwah dan tabah dalam dugaan hidupnya.. 

~Permulaan kehidupan Zainab al Kubra

Zainab dilahirkan 10 tahun setelah Rasulullah diangkat menjadi rasul. Zainab merupakan zuriat pertama hasil pernikahan yang mulia dan tulus oleh nabi Muhammad s.a.w bersama Khadijah binti Khuwailid isteri pertama  Rasulullah yang nabi cintai sepanjang hayat. Zainab membesar dengan curahan kasih ibu dan bapa, malahan membesar dalam meneladani tokoh manusia yang paling tinggi peradaban dan akhlaknya, nabi Muhammad. Nabi dan isteri baginda merupakan orang yang mempunyai tinggi akhlaknya, begitulah Zainab terdidik dan turut mencontohi kedua ibu bapanya.

~Peminangan Zainab

Zainab menjadi seorang muslimah yang hebat akhlaknya dan memiliki sifat yang terpuji. Tidak hairanlah sepupu Zainab, iaitu Abul Ash bin Ar- Rabi’datang meminangnya walaupun beliau masih muda. Abul Ash bin Ar- Rabi’ merupakan anak ibu saudaranya, seorang tokoh Quraisy Mekah yang dihormati dan disanjungi serta seorang yang kaya raya.

 Sejak kecil kagi, mereka telah mengenali perangai masing-masing dari dekat kerana dari kecil lagi , Abul Ash bin Ar- Rabi’ selalu mengunjungi ibu saudaranya, iaitu Khadijah binti Khuwailid, ibu kepada Zainab. Begitu juga dengan Zainab yang selalu mengunjungi rumah ibu saudaranya , ibu Abul Ash bin Ar- Rabi’. Disebabkan itu, nabi dan isteri baginda bersetuju menerima pinangan yang mulia itu, Zainab juga sudi menjadikan Abul Ash sebagai teman hidupnya..

Hebatnya Zainab kerana terbiasa dengan didikan yang diberi oleh kedua ibu dan bapanya, Zainab mampu menguruskan rumah tangganya dengan baik walaupun ketika itu umur beliau sangat muda. Alhamdulillah, Zainab diberi rezeki yang tidak ternilai apabila beliau dikurniakan oleh Allah dua orang cahaya mata, iaitu Ali dan Umamah.




~Bermulanya keperitan dan kepayahan hidup…..

Terjadi peristiwa yang paling besar di dalam sejarah kehidupan manusia, nabi Muhammad diangkat menjadi utusan Allah ( rasul Allah). Pada ketika itu juga, suami Zainab, Abul Ash pergi berdagang. Zainab pada ketika itu, telah bersiap sedia untuk turut bersama dengan ayahnya mendakwahkan agama yang baru ini, agama yang benar, dan lagi lurus.. Zainab yakin, ajaran yang dibawa oleh ayahnya, merupakan agama yang benar dari Allah dan menjadikannya sebagai jalan dan aturan hidupnya..

Setelah itu, suami Zainab pulang, dengan penuh yakin, Zainab percaya suaminya akan menerima agama yang benar ini, setelah Zainab menceritakan segalanya.. TETAPI….
Ternyata, jangkaannya meleset.. Abul Ash menjawabnya dengan dingin dan diam seribu bahasa. Zainab tetap memujuk suaminya yang tercinta. “ Demi Allah, aku tidak memburukkan ayahmu, hanya aku tidak suka jika kau dikatakan menghina kaumku dan meninggalkan agama nenek moyangku lantaran menurutkan kemahuan isteriku “,kata Abul ash. Zainab diberi dugaan dan ujian besar dalam hidupnya apabila suami yang dicintai tidak mahu menerima agama yang benar ini, agama Islam. Rumah tangga Zainab yang dulunya diwarnai dengan pelangi yang indah, kini menjadi mendung, Zainab sedih, rumah tangganya mula dilanda kegelisahan dan keresahan. Walaupun begitu, Zainab terus tinggal di rumah Abul Ash, suaminya di Mekah. Keberadaannya di Mekah tidak dapat meringankan beban kepedihan hatinya, kerana kedua orang tuanya sudah tidak berada dekat dengannya lagi. Rasulullah telah berhijrah ke Madinah bersama dengan sahabat baginda, manakala ibunya sudah meninggal dunia. Adik-beradik perempuannya yang lain juga telah menyusul ayahnya berhijrah ke Madinah Al Munawwarah.

Ketika Perang Badar, kaum muyrik Mekah mengajak Abul Ash untuk berperang bersama mereka bagi melawan orang muslim. Untuk ringkaskan cerita ini, Abul Ash telah ditawan oleh orang muslim dalam peperangan ini, Perang Badar. Para tawanan yang ditawan, dihadapkan di hadapan rasulullah. Ketika itu, Rasulullah melihat Abul Ash, lalu menyuruh sahabatnya agar melayan Abul Ash dengan baik. Pada ketika itu juga, Zainab yang berada di Mekah mendapat berita bahawa suaminya telah ditawan oleh orang muslim,. Zainab segera mengutuskan sebuah kalung yang dihadiahkan oleh ibunya dahulu sebagai hadiah pernikahannya dulu untuk tebusan. Apabila sampai barang yang diutuskan itu kepada Rasulullah, Rasulullah berasa sedih kerana teringatkan kalung itu merupakan pemberian almarhum isterinya yang tercinta kepada anak perempuannya, Zainab. Zainab menghantar kalung itu sebagai tebusan untuk suaminya, kerana Zainab sudah tidak mempunyai harta yang lain. Rasulullah dan para sahabat terdiam, keadaan menjadi pilu mereka tunduk kerana terharu melihat kejadian ini.


Setelah itu, Rasulullah bersabda, “ Jika kamu semua bersetuju membebaskan tawanan yang ditebus oleh Zainab dan mengembalikan harta tebusannya, sila kamu semua lakukan!”. Serentak para sahbat menjawab “ Ya, wahai Rasulullah,” Mereka melepaskan Abul Ash dan mengembalikan kalung itu kepada Zainab. Rasulullah mengambil perjanjian dengan Abul ash yang dia akan melepaskna Zainab kerana dari segi hukum agama Islam, Islam telah menceraikan mereka berdua kerana agama yang berbeza.

Abul Ash pulang ke Mekah dengan selamat, lalu bertemu dengan Zainab. Zainab gembira dan bersyukur suami yang ditunggu selama ini, telah muncul dengan selamat. Namun, Kegembiraan itu tidak lama, kerana Zainab terpaksa berpisah. Abul Ash dengan wajah sedih melepaskan Zainab untuk pulang kepada ayahnya. Zainab terkedu, sedih, kegembiraan yang sekejap diganti dengan kesedihan. Abul Ash berpegang kepada janjinya bersama Rasulullah untuk melepaskan Zainab dan membiarkan Zainab untuk pulang kepada Rasulullah.

Zainab yang ketika itu sedang hamil harus meninggalkan suaminya yang tercinta dengan iringan salam perpisahan suaminya. Walaubagaimanapun, kerana hasad dengki, orang Quraisy sengaja dan beusaha menghalang Zainab dan menegahnya serta menakut-nakutkannya.. Akhirnya, Zainab keguguran. Kedudukan fizikal Zainab yang lemah menyebabkan Zainab terpaksa berpatah semula ke Mekah, untuk memulihkan tenaganya. Sepanjang berada di Mekah, Abul Ash lah yang menjaga beliau sehinnga seihat sepenuhnya.

Pada suatu hari, sedang orang Quraisy tengah lalai, Abul Ash menghantar Zainab agar keluar dengan dikawal saudaranya yang bernama Kinanah bin Rabi’kepada Rasulullah ke Madinah dengan selamat.

Sudah enam tahun Zainab tinggal di Madinah bersama ayahnya. Selama itu jugalah Zainab tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah agar dilapangkan hati Abul Ash untuk menerima Islam.

Pada bulan Jamadilawal tahun ke enam Hijrah, Abul Ash datang dan mengetuk pintu rumah Zainab. Terkejut Zainab dengan kehadiran Abul Ash, dia seolah-olah tidak percaya di hadapannya merupakan suaminya dulu, walaupun begitu Zainab memendam rasa, tetap berpegang teguh kepada akidah yang diimaninya itu. Zainab tetap menyambutnya dengan baik, Abul Ash berkata “ wahai Zainab, saya datang bukan untuk berperang, melainkan aku ini keluar dari Mekah untuk berdagang bersama oang Quraisy yang lain. Dalam perjalanan kami bertemu dengan pasukan ayahmu, semua nya seramai 170 orang di bawah pimpinan Zaid bin Harithah. Mereka berjaya merampas barangan kami dan saya berjaya melolskan bediri, lalu datang ke sini untuk untuk meminta perlindungan darimu”

Zainab menjawab dengan perasaan terharu dan lembut “ selamat datang, wahai anak ibu saudaraku!selamat datang wahai ayah Ali dan Umamah!”, Ketika Rasulullah selesai melaksanakan solat subuh, Zainab bangkit dan berkata dengan suara yang lantang “ aku telah memberikan perlindungan kepada Abul Ash bin Ar-rabi’” .Rasulullah bersabda” adakah kamu mendengar apa yang aku dengar ? “ “ya, wahai Rasulullah” Beliau bersabda lagi “ Demi Allah yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaa Nya, aku benar-benar tidak mengetahui apa yang telah terjadi sebelum aku mendengar sebagaiaman yang kamu semua dengar. Orang mukmin itu adalah penolong bagi yang dan melindungi orang yang lemah dan kita dahulu telah bersepakat untuk meberikan perlindungan kepada orang yang diberi perlindungan oleh Zainab.”

Setelah itu, nabi Allah, pergi bertemu dengan anaknya itu dan bersabda, “ berilah layanan yang sebaik-baiknya dan kamu terus harus berhati-hati agar dia tidak menyentuhmu, sebab kamu tidak halal lagi baginya.” Zainab mengerti. Zainab memohon kepada ayahnya agar memulangkan semula barangan Abul Ash yang dirampas oleh orang muslim. Mereka memulangkannya kepada Abul ash tanpa mengurangkan seidikit pun.

Seterusnya, Abul Ash pulang ke Mekah, dan  mengembalikan barang-barang dagangan tesebut kepada pemiliknya. Kemudian dia berseru dengan lantang “Wahai orang Quraisy, apakah ada di kalangan kamu semua yang masih belum menerima kembali hartanya? “ mereka menjawab “ tidak, mudah-mudahan Allah membalasmu dengan balasan yang baik. Sungguh kami mendapati kamu sebagai seorang yang menepati amanaht lagi mulia “.

Ketika itu juga dia berkata, “ Muali ketika ini, aku bersaksi bahawa tiadak ada tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Nya. Demi Allah, tidak ada alasan lain yang menghalangku untuk memeluk Islam ketika aku diMadinah kelmarin kerana aku khuatir jika dengan keislamanku itu kamu semua beranggapan bahawa aku hanyalah ingin mengembalikan harta kamu semua. Oleh iu ketika ini setelah Allah mengembalikan harta kamu semua dan aku telah menyelesaikan urusanku, maka aku umumkan bahwa aku telah memeluk Islam”





Doa Zainab dimakbulkan~

Abul Ah kemudian berangkat ke Madinah untuk bertemu dengan Muhammad untuk menyatakan keislamannya sekaligus berhijrah sebagai seorang muslim. Sesampainya di Madinah , Rasulullah mengembalikan Zainab kepadanya sehingga mereka boleh bersatu kembali. Jika dahulu, mereka dsatukan atas dasar cinta dan sayang, tetapi kini mereka disatukan atas dasar akidah yang sama yang tidak boleh dipisahkan dengan apa pun.. SubhanaAllah,hebatnya perancangan Allah.

Perpisahan buat Zainab dan Abul ash~

Mereka hidup dengan bahagia. Setelah lebih satu tahun, perpisahan yang sebenar,benar-benar berlaku antara Zainab dan Abul Ash, Zainab meninggal dunia  pada pertengahan tahun ke-8 Hijriah akibat penyakit kurang darah yang sudah dideritainya sejak dia berangkat berhijrah. Abul Ash sedih dan menangisi kematian isterinya yang tercinta, begitu juga dengan orang di sekelilingnya kerana terharu kerana pemergian Zainab.

Rasulullah s.a.w datang dalam keadaan bersedih dan menyampaikan kepada wanita-wanita yang memandikan jenazah Zainab “ mandikanlahdia dengan bilangan ganjil, 3 kali atau 5 kali dan pada bilasan terakhir campurkanlah dengan kapur barus atau sesuatu yang serupa dengan kapur barus. Seterusnya, beritahu kepadaku jika kamu semua telah selesai memanddikannay”. Setelah selesai memandikannya, Rasulullah bersabda “ pakaikanlah kain ini pada jenazahnya”.

Semoga Allah mencucuri rahmat buat puteri Rasulullah yang tabah dalam perjalanan hidupnya dan memberikan sebaik-baik balasan atas kesabaran, perjuangan, kepayahan dan keperitan yang dialami oleh ibu kepada Ali dan Umamah ini.. amin…..

Friday 14 September 2012

Keluarga Sakinah

Bismillahirahmanirahim,,

Alhamdulillah berpeluang lagi untuk menulis di blog yang tak seberapa ini sementara diberi kelapangan waktu..

Apa khabar iman hari ini?
Untuk hari ini, ada kita mengingati Allah?
Mengucapkan syukur kepada Nya yang banyak memberikan segala nikmat kepada kita ?
Untuk hari ini ada kita mengingati Rasul Allah?
Mengungkapkan selawat kepada baginda..?
Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda..
Ayuh, sama-sama kita lakukan..

Kali ini saya terpanggil mahu berbicara mengenai KELUARGA ..keluarga sakinah..insyaAllah,amin..

MY FAMILY....

bukan mahu berbicara mengenai asal usul keluarga saya, tidak..
cuba kita berfikir sejenak..
adakah kita gembira dengan keluarga kita sekarang?
adakah kita menghargai mereka ?



saya terfikir, dan selalu memikirkannya..
bila kita makin dewasa,kita yang sekarang ini sedang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan anak, 
adakah lagi waktu yang terluang yang panjang untuk bersama dengan ibu bapa kita, dan adik beradik kita?
Ketika kecil dahulu, pernah kita bergaduh dengan abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak.. 
Saat itu,kita merasakan mereka lah makhluk yang paling dibenci oleh kita..
Tapi sekarang, bila saat kita berjauhan dengan mereka, masing-masing menggalas amanah yang dipikul, saat yang paling kita benci pada waktu dulu, saat yang paling manis apabila dikenangkan..
Sungguh, aku merinduinya...

Dimarahi oleh emak kerana bermain lumpur dengan abang dan adik, 
dimarahi kerana memasuki hutan tanpa pengetahuan emak dan ayah,
dimarahi kerana bermain hujan,
dimarahi kerana kenakalan kami,
itu semua kenangan yang paling berharga...
Kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk dikenang..
kami coretkan kenangan ketika waktu kecil dengan pengalaman yang berharga..

No wonder, emak dan ayah selalu berbicara mengenai zaman kecil mereka, 
saya tahu, mereka juga merinduinya..

dan saya rasa, anda semua sekarang ini, sangat menghargai masa-masa bersama keluarga bukan..?
bagi saya, waktu yang paling indah,
apabila satu keluarga berkumpul, berkongsi cerita, bergurau senda, dan sama-sama mengingati dalam ibadah.. :) :) :)

Bila abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, masing- masing makin dewasa, kita lebih menghargai mereka..

Masa-masa yang ada, luangkanlah bersama keluarga..
cuba fikirkan, bila lagi masa yang panjang dan lama untuk kita bersama keluarga?
saya fikir, hanya waktu kita bersekolah sahaja waktu yang paling lama kita bersama dengan keluarga..
Apabila kita berada di universiti, kita hanya dapatkan luang masa bersama keluarga hanya sekejap,paling lama 3 bulan..
selepas habis stadi, kita akan bekerja,silap-silap dapat berjumpa dengan keluarga hanya apabila cuti raya..
selepas itu, kita sendiri akan mempunyai keluarga sendiri, masa untuk meluangkan bersama keluarga dulu, makin terhad.. 
Sebab itulah, bagi saya, masa yang ada sekarang ini, hargailah...
Hormatilah ahli keluarga kita, selalu lah bertanya khabar..
kerna ku tahu, kita semua merindui mereka semua..

post kali ini hanya perkongsian mengenai keluarga..
meluahkan apa yang dirasai untuk sama-sama berkongsi..



:) :)

Wasalam..





Alam Misteri..

Bismillahirahmanirahim..

terpanggil untuk berkongsi cerita berdasarkan pengalaman seorang sahabat..
entry kali ini ,agak lain dari yang lain..
mungkin kita tidak menjangka benda-benda ini tidak akan berlaku pada kita yang bergelar student..
tapi, sebenarnya, kita tidak terkecuali untuk kena perkara-perkara yang ghaib ini..

santau, disihir, dan sebagainya, itu yang boleh berlaku kepada kita tanpa disedari atau pun ketika sedar..
Mudah untuk kita kenali, tanda-tanda orang yang terkena sihir,santau dan seumpama dengannya..
berdasarkan pengalaman sahabat, saya kongsikan tanda-tandanya..



tanda-tanda :

* mimpi ada orang serah bayi, atau mimpi bayi
*mimpi jatuh dari tempat tinggi, terbang
*mimpi berada di tempat yang kotor
*mimpi dipatuk ular (tanda sihir sudah masuk ke dalam badan )
*mimpi paderi, atau sami
*mimpi makhluk yang menakutkan
*lenguh-lenguh badan, belakang
*sukar tidur, jika boleh tidur hanya setelah bersusah payah atau memaksa diri untuk tidur
*gigi berlaga ketika tidur
*bertambah tension, jika sudah dalam keadaan tension
*muka pucat, lemah, tidak bermaya
*bertambah sedih, jika sudah dalam keadaan sedih
*badan gatal-gatal, merah (kemungkinan santau)

sumber-sumber ini saya dapati daripada sahabat saya yang berjumpa ustaz yang pakar dalam perubatan Islam..



*sedikit perkongsian di sini dari sahabat.. dalam rawatan perubatan Islam, haram jika rawatan dilakukan di tempat yang tertutup, iaitu hanya perawat dan pesakit sahaja. Rawatan perlu dijalankan di tempat terbuka untuk mengelakkan fitnah, dan keadaan pesakit harus menutup aurat dan ahli keluarga perlu ada disekeliling..


Jangan ambil remeh dalam hal ini, sentiasalah kita istiqamah dalam beribadah..
sentiasalah berzikir, mengaji, solat dan berdoa kepada Allah minta dijauhkan..
jangan leka dan lalai dengan hiburan, istirgfar sentiasa..
jangan ingat kita terkecuali dari benda-benda ini, sentiasa lah kita berjaga..
sentiasa membaca doa sebelum minum atau makan untuk mengelak dari terkena yang tidak elok..

Tapi ingatlah, tiada kuasa yang bleh ditandingi melainkan kuasa Allah..

surah-surah yang boleh diamalkan :
surah al a'araf : ayat 117-120
surah al fatihah : ayat 4
surah al anfal : ayat 31-50
banyak lagi ayat al quran yang boleh diamalkan..

ok,
wallahualam.. :)


Monday 6 August 2012

Karya Dari Seorang Sahabat Untuk Sahabat

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, I've found and realize many things by this poem..
 This poem is created by my lovely sahabat..
Thank u, for give such a great poem and advise to us..

*sayang kamu kerana Allah! :) :)


  • Wahai hati..
     gerangan siapakah yang ada di dalam mu
  • ALLAH atau selain dari itu?

  • wahai hati..
  • ketahuilah ronggamu hanya muat untuk satu nama
  • cinta itu ada kalanya bisa menguatkan
  • adakalanya bisa membunuh.

  • wahai hati..
  • kadang kala cinta itu mampu membuatkanmu lupa pada perjalananmu
  • perjalanan ini hnya sebuah pelayaran
  • suatu ketika nanti kita pasti pulang ke pengkalan
  • yaa...cinta itu godaan dunia
  • cinta itu juga buat aku hampir tersungkur suatu tika dulu
  • tapi kerana cinta itu juga buat aku mengerti
  • rupanya pencipta ku rindu padaku..
  • DIA temukan aku dengan insan-insan
  • untuk aku kenal dan cinta padaNYA

  • wahai hati..
  • bila kau diuji dengan cinta manusia
  • lihatlah seluasnya ke jauh sudut hatimu
  • masih wujudkah ruang untuk Penciptamu
  • Penciptamu rindu kepadamu..
  • suatu tika dulu kau begitu telus dgn cintaNYA
  • tapi kini DIA mengujimu..
  • apa benar cinta yg kau lafazkan dulu
  • tulus hanya untukNYA??

  • wahai hati..
    hanya kau yang mampu menjawabnya
  • adakah cinta dulu tulus untukNYA?

  • dan hanya satu pesan ku..
  • jgalah hatimu hanya untuk ALLAH
  • kerna kau kan temui cinta yang benar-benar tulus pada mu

  • dan ingatlah pertemuan dengan Penciptamu suatu ketika nanti
  • sungguh sebalik semua ini yakinlah
  • ALLAH rindukan kamu...
  • DIA mahu mendengar lafaz cinta yg dulu kau ucapkan padaNYA..
    .........TAMAT.........



    *edit sikit dari yang original..but still x ubah makna yang asal.. :)

    muhasabah diri..~

Thursday 19 July 2012