Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Saturday 20 July 2013

Perginya Seorang Ibu

Bismiillahirahmanirahim...

Sayu hati teringatkan allahyarhamah yang baru sahaja meninggal dunia.
Saudara terdekat ibu baru sahaja pulang ke rahmatullah pada malam Jumaat, bulan Ramadhan,18 Julai 2013.
Siapa sangka sakit yang dialami selama ini sebenarnya simpton penyakit kanser.
Sebaik habis berpantang melahirkan anak kelapannya, beliau jatuh sakit dan terpaksa dihantarkan ke hospital. Hasil ujian yang dilakukan oleh doktor di Hospital Kuala Terengganu, memberi tamparan hebat buat keluarganya,terutama suami dan anak-anaknya, beliau disahkan menghidap kanser paru-paru dan seterusnya merebak kepada tulang pada tahap bahaya, yang sudah tidak ada peluang lagi untuk doktor mengubatinya. Segalanya terserah kepada kuasa Allah. 3 minggu terlantar di hospital, belaiu tidak dapat berjalan kerana penyakitnya itu. Jika bergerak pun, amat menyakitkan, pedih rasanya. Sayu hati si suami melihat keadaan isterinya, tetap berusaha untuk mengubati isterinya, sehingga mengambil jalan lain pula untuk berubat cara kampung, tapi tidak kesampaian, kerana sukar untuk membawa isterinya pulang yang keadaan semakin kritikal dan perlu menggunakan bekalan oksigen.
Diri ini sempat pulang ke kampung sebelum tibanya Ramdhan, melihat, mendukung anak perempuannya yang bongsu yang baru berusia 5 bulan, yang tidak tahu apa-apa keperitan ibunya. Sayu hati melihat anak kecil itu, sekarang dijaga oleh ibu saudaranya, ayahnya tidak mampu menguruskannya sejak ibunya masuk ke hospital lagi. Anak-anak beliau masih kecil, yang sulong berusia 16 tahun, adik-adiknya ada yang berusia 2 tahun, 4 tahun,6 tahun,sekolah rendah dan menengah. Keadaan ini membuatkan diri ini makin sayu,
Arwah seorang isteri yang baik, menjaga agama, manisnya arwah saat beliau masih sihat dengan tudung labuhnya sambil memegang anaknya,penyantun,penyabar. Terkejut juga mendengar penyakit yang dialami itu, kuasa Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali..
Pada hari Khamis, pagi itu arwah sudah tidak bersuara, nafasnya dalam-dalam ketika bernafas,matanya ke atas. Ibu saudara saya yang bekerja di hospital itu turut menjaga dan melihat keadaannya, segala cerita di hospital dia yang akan salurkan kepada kami. Setiap kali ibu saudara saya pergi melihat keadaannya, pasti tangisan akan keluar. Pada malam itu, malam Jumaat,dalam 9 malam, "heartbeat" makin menurun, dan tiba-tiba mendadak turun. sayu hati melihat keadaan yang dari pagi sampai ke malam seperti itu, melihat "heartbeat" pada mesin di sebelah, ibu saudara mnyuruh suaminya mengajar mengucap 2 kalimah syahadah. Pada 9.15 malam, arwah pergi...
Pada ketika itu juga, anaknya yang bongsu dijaga oleh ibu saudaranya di rumah, anaknya itu tidak pernah meragam,jarang menangis, entah kenapa, pada malam itu ,pada jam 9 lebih ,anaknya menangis tanpa henti, hilang akal mereka bagaimana untuk hentikan tangisan anak kecil itu.. Seolah-olah mengerti kepergian ibunya..
Pagi Jumaat, dalam 11 pagi jenazah dikebumikan di tanah perkuburan yang begitu hampir dengan rumahnya. Saya dan keluarga tidak sempat melihat rupa jenazah buat terakhir kali, sampai-sampai jenazah sedang diangkat untuk ke tanah perkuburan. Saudara yang hadir awal dari kami ada yang bercerita, rupa arwah sangat bersih, seakan-akan sedang senyum. Sayu hati mereka apabila anak-anak menangis di sisi ibu mereka. Anak yang kedua menangis paling kuat, mungkin teringat marah ibunya kepadanya dulu yang agak nakal dalam adik beradiknya.. Tapi marah ibunya,tanda sayang kepada anak-anaknya.. Pagi itu cuaca redup, tidak panas, tidak pula hujan, redup sahaja. Ternampak suami arwah, ibu sempat menegur sepupunya itu dan mngucap takziah, dia hanya mampu tersenyum, dan beralih ke soalan lain, " baru sampai dari Kemaman? nak kebumikan dh ni. gi lah naik atas rumah dulu" ibu hanya menggangguk, matanya sudah berair.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadanya, anak-anaknya sekeluarga,bantulah mereka ya Allah.. dan rahmatilah ,berkatilah allayarharmah dan ampunilah segala dosanya.. moga arwah tenang di sana.. amin ..
InsyaAllah...

*teringat arwah sangat mahukan anak perempuan, bila yang ketujuh dan kelapan baru lah perempuan.. anak-anak perempuannya masih kecil, yang ketujuh berusia 2 tahun, yang ke lapan berusia 5 bulan. tak sempat main-main dengan anak-anak perempuannya dan melihat mereka membesar.. InsyaAllah, moga mereka sekeluarga bertemu di jannah nanti... 

No comments:

Post a Comment