Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Friday 14 September 2012

Keluarga Sakinah

Bismillahirahmanirahim,,

Alhamdulillah berpeluang lagi untuk menulis di blog yang tak seberapa ini sementara diberi kelapangan waktu..

Apa khabar iman hari ini?
Untuk hari ini, ada kita mengingati Allah?
Mengucapkan syukur kepada Nya yang banyak memberikan segala nikmat kepada kita ?
Untuk hari ini ada kita mengingati Rasul Allah?
Mengungkapkan selawat kepada baginda..?
Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda..
Ayuh, sama-sama kita lakukan..

Kali ini saya terpanggil mahu berbicara mengenai KELUARGA ..keluarga sakinah..insyaAllah,amin..

MY FAMILY....

bukan mahu berbicara mengenai asal usul keluarga saya, tidak..
cuba kita berfikir sejenak..
adakah kita gembira dengan keluarga kita sekarang?
adakah kita menghargai mereka ?



saya terfikir, dan selalu memikirkannya..
bila kita makin dewasa,kita yang sekarang ini sedang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan anak, 
adakah lagi waktu yang terluang yang panjang untuk bersama dengan ibu bapa kita, dan adik beradik kita?
Ketika kecil dahulu, pernah kita bergaduh dengan abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak.. 
Saat itu,kita merasakan mereka lah makhluk yang paling dibenci oleh kita..
Tapi sekarang, bila saat kita berjauhan dengan mereka, masing-masing menggalas amanah yang dipikul, saat yang paling kita benci pada waktu dulu, saat yang paling manis apabila dikenangkan..
Sungguh, aku merinduinya...

Dimarahi oleh emak kerana bermain lumpur dengan abang dan adik, 
dimarahi kerana memasuki hutan tanpa pengetahuan emak dan ayah,
dimarahi kerana bermain hujan,
dimarahi kerana kenakalan kami,
itu semua kenangan yang paling berharga...
Kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk dikenang..
kami coretkan kenangan ketika waktu kecil dengan pengalaman yang berharga..

No wonder, emak dan ayah selalu berbicara mengenai zaman kecil mereka, 
saya tahu, mereka juga merinduinya..

dan saya rasa, anda semua sekarang ini, sangat menghargai masa-masa bersama keluarga bukan..?
bagi saya, waktu yang paling indah,
apabila satu keluarga berkumpul, berkongsi cerita, bergurau senda, dan sama-sama mengingati dalam ibadah.. :) :) :)

Bila abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, masing- masing makin dewasa, kita lebih menghargai mereka..

Masa-masa yang ada, luangkanlah bersama keluarga..
cuba fikirkan, bila lagi masa yang panjang dan lama untuk kita bersama keluarga?
saya fikir, hanya waktu kita bersekolah sahaja waktu yang paling lama kita bersama dengan keluarga..
Apabila kita berada di universiti, kita hanya dapatkan luang masa bersama keluarga hanya sekejap,paling lama 3 bulan..
selepas habis stadi, kita akan bekerja,silap-silap dapat berjumpa dengan keluarga hanya apabila cuti raya..
selepas itu, kita sendiri akan mempunyai keluarga sendiri, masa untuk meluangkan bersama keluarga dulu, makin terhad.. 
Sebab itulah, bagi saya, masa yang ada sekarang ini, hargailah...
Hormatilah ahli keluarga kita, selalu lah bertanya khabar..
kerna ku tahu, kita semua merindui mereka semua..

post kali ini hanya perkongsian mengenai keluarga..
meluahkan apa yang dirasai untuk sama-sama berkongsi..



:) :)

Wasalam..





Alam Misteri..

Bismillahirahmanirahim..

terpanggil untuk berkongsi cerita berdasarkan pengalaman seorang sahabat..
entry kali ini ,agak lain dari yang lain..
mungkin kita tidak menjangka benda-benda ini tidak akan berlaku pada kita yang bergelar student..
tapi, sebenarnya, kita tidak terkecuali untuk kena perkara-perkara yang ghaib ini..

santau, disihir, dan sebagainya, itu yang boleh berlaku kepada kita tanpa disedari atau pun ketika sedar..
Mudah untuk kita kenali, tanda-tanda orang yang terkena sihir,santau dan seumpama dengannya..
berdasarkan pengalaman sahabat, saya kongsikan tanda-tandanya..



tanda-tanda :

* mimpi ada orang serah bayi, atau mimpi bayi
*mimpi jatuh dari tempat tinggi, terbang
*mimpi berada di tempat yang kotor
*mimpi dipatuk ular (tanda sihir sudah masuk ke dalam badan )
*mimpi paderi, atau sami
*mimpi makhluk yang menakutkan
*lenguh-lenguh badan, belakang
*sukar tidur, jika boleh tidur hanya setelah bersusah payah atau memaksa diri untuk tidur
*gigi berlaga ketika tidur
*bertambah tension, jika sudah dalam keadaan tension
*muka pucat, lemah, tidak bermaya
*bertambah sedih, jika sudah dalam keadaan sedih
*badan gatal-gatal, merah (kemungkinan santau)

sumber-sumber ini saya dapati daripada sahabat saya yang berjumpa ustaz yang pakar dalam perubatan Islam..



*sedikit perkongsian di sini dari sahabat.. dalam rawatan perubatan Islam, haram jika rawatan dilakukan di tempat yang tertutup, iaitu hanya perawat dan pesakit sahaja. Rawatan perlu dijalankan di tempat terbuka untuk mengelakkan fitnah, dan keadaan pesakit harus menutup aurat dan ahli keluarga perlu ada disekeliling..


Jangan ambil remeh dalam hal ini, sentiasalah kita istiqamah dalam beribadah..
sentiasalah berzikir, mengaji, solat dan berdoa kepada Allah minta dijauhkan..
jangan leka dan lalai dengan hiburan, istirgfar sentiasa..
jangan ingat kita terkecuali dari benda-benda ini, sentiasa lah kita berjaga..
sentiasa membaca doa sebelum minum atau makan untuk mengelak dari terkena yang tidak elok..

Tapi ingatlah, tiada kuasa yang bleh ditandingi melainkan kuasa Allah..

surah-surah yang boleh diamalkan :
surah al a'araf : ayat 117-120
surah al fatihah : ayat 4
surah al anfal : ayat 31-50
banyak lagi ayat al quran yang boleh diamalkan..

ok,
wallahualam.. :)