Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,,
Masih lagi diberi peluang untuk menulis di blog ini,nikmat kesihatan,kehidupan yang Allah beri dimanfaatkan dengan sebaiknya,InsyaAllah..
Baik.kali ini saya ingin berkongsi dengan Tuan-Tuan,Puan-Puan,Encik,Cik,kakak-kakak,abang-abang,adik-adik semua mengenai SEDEKAH..
Apa itu SEDEKAH??
TETAPI ramai orang beranggapan,kalau bersedekah harta,wang akan berkurang..hmm..MashaAllah,salah kefahaman itu.
“Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)”
Ada suatu kisah: Sebaik pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,,
Masih lagi diberi peluang untuk menulis di blog ini,nikmat kesihatan,kehidupan yang Allah beri dimanfaatkan dengan sebaiknya,InsyaAllah..
Baik.kali ini saya ingin berkongsi dengan Tuan-Tuan,Puan-Puan,Encik,Cik,kakak-kakak,abang-abang,adik-adik semua mengenai SEDEKAH..
Apa itu SEDEKAH??
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fisabilillah.
Allah menuntut kita untuk bersedekah,ini dapat dibuktikan melalui fimanNya, :
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.(Surah An-Nisaa’ : ayat 114) [2]TETAPI ramai orang beranggapan,kalau bersedekah harta,wang akan berkurang..hmm..MashaAllah,salah kefahaman itu.
“Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)”
Ada suatu kisah: Sebaik pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
.
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman al-Farisi sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk anak kita Hassan dan Husain."
Saidina Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Saidina Ali keluar lagi bagi membeli makanan.
Di tengah jalan, Saidina Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, saidina Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.
Saidina Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah.
Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu."
Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang."
"Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu.
"Berapa harganya?" tanya Ali, menunjukkan minat.
"Tidak mahal, 100 dirham sahaja," jawab Badwi itu.
"Baiklah, saya beli," kata Saidina Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.
Baru beberapa langkah Saidina Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?"
"Ya," jawab Saidina Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu.
"300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali.
Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?"
"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab saidina Ali.
Seterusnya, Saidina Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Saidina Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kataSaidina Ali.
"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?"
Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.
"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."
Setiap satu benda yang kita sedekahkan, Allah akan membalas semula sebanyak gandaan 10. 1x10=10.
TAK PERCAYA??saya sendiri pernah alami,TERNYATA JANJI ALLAH adalah BENAR.
Kisahnya begini,pada suatu tengahari,saya ke bandar untuk membuat urusan di bank,setibanya di hadapan bank,ada seorang budak yang umurnya lebih kurang dalm darjah enan atau tingkatan satu,dia datang menghampiri saya,"kak,ada duit tak?boleh tak bagi kat saya sikit,sehari suntuk saya tak makan ,basikal saya rosak,rumah jauh,tak larat nak berjalan," Dalam fikiran saya takut-takut juga budak ini ada kaitan dengan sindiket haram yang menggunakan budak untuk mendapatkan wang,tapi terus sahaja saya teringat akan janji Allah ini dan tuntutan mengenai baikya bersedekah,tanpa berfikir panjang saya memberi wang sejumlah rm5 kepadanya.Tak kisahlah dia menipu atau tak,peluang untuk buat amal dah datang bergolek di depan mata,sahut saja lah.'terima kasih kak"kata adik tadi.
Seminggu kemudian saya pulang ke kampung,saya keluar berjalan-jalan bersama emak sedara,ketika di dalam kereta,kami berbual-bual. Tiba-tiba,emak sedara saya bertanya,'Kekrah ada duit tak belanja?""em,tengah pokai"jawab saya. Terus sahaja dia menghulurkan wang sebanyak rm50. Terus saya teringat akan janji Allah ini,maka benarlah,saya memberi adik itu wang sebanyak rm5 dan Allah membalas kepada saya rm50.5x10=50. ALLAHUAKBAR!! begitu juga hari-hari yang seterunsya,saya bersedekah,ternyata Allah memberi ganjarannya semula kepada kita.Balasan di dunia dapat,di akhirat pun kita dapat,tak rugi bersedekah.InsyaAllah. Ada seorang hamba Allah ini bertanya kepada saya,"macam mane ye nak kaya?" saya menjawab"ha,kita sedekahlah". "larh,kalu bersedekah bagi duit kat orang, kaya apanya,makin berkurang lah duit!" saya tidak berani menjawab apa-apa,kerana dia lebih tua dari saya,dalam hati saya bermonolog sendiri,hm,takkan lah tak tahu,setiap kali kita bersedekah,Allah akan beri semula ganjaran kepada kita,malah berganda lagi..hm...manusia-manusia,tak yakin dengan janji Allah..
KELEBIHAN BERSEDEKAH:
1)Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

2)Menolak bala bencana
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
( H.R Al-Baihaqi )
3) Membersihkan harta.Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
( H.R Al-Baihaqi )
4) Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.
5) Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
6) Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya.
7) Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.
8) Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)
9)Sedekah akan meringankan kiraan hisab nanti.
10) Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
11) Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
12) Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.
PENUTUP:Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. (Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Wallahualam.sekian,Assalamualaikum,salam ramadhan.. :)
No comments:
Post a Comment