Bismillahirahmanirahim..
Siapa yang tidak kenal puteri sulung Rasulullah s.a.w kalau bukan
Zainab binti Muhammad. Kagumnya saya kepada tokoh Islam yang besar ini, kerana
beliau sangat hebat dalam berdakwah dan tabah dalam dugaan hidupnya..
~Permulaan kehidupan Zainab al Kubra
Zainab dilahirkan 10 tahun setelah Rasulullah diangkat menjadi
rasul. Zainab merupakan zuriat pertama hasil pernikahan yang mulia dan tulus
oleh nabi Muhammad s.a.w bersama Khadijah binti Khuwailid isteri pertama
Rasulullah yang nabi cintai sepanjang hayat. Zainab membesar dengan
curahan kasih ibu dan bapa, malahan membesar dalam meneladani tokoh
manusia yang paling tinggi peradaban dan akhlaknya, nabi Muhammad. Nabi dan
isteri baginda merupakan orang yang mempunyai tinggi akhlaknya, begitulah
Zainab terdidik dan turut mencontohi kedua ibu bapanya.
~Peminangan Zainab
Zainab menjadi seorang muslimah yang hebat akhlaknya dan memiliki
sifat yang terpuji. Tidak hairanlah sepupu Zainab, iaitu Abul Ash bin Ar-
Rabi’datang meminangnya walaupun beliau masih muda. Abul Ash bin Ar- Rabi’
merupakan anak ibu saudaranya, seorang tokoh Quraisy Mekah yang dihormati dan
disanjungi serta seorang yang kaya raya.
Sejak kecil kagi, mereka
telah mengenali perangai masing-masing dari dekat kerana dari kecil lagi , Abul
Ash bin Ar- Rabi’ selalu mengunjungi ibu saudaranya, iaitu Khadijah binti
Khuwailid, ibu kepada Zainab. Begitu juga dengan Zainab yang selalu mengunjungi
rumah ibu saudaranya , ibu Abul Ash bin Ar- Rabi’. Disebabkan itu, nabi dan isteri
baginda bersetuju menerima pinangan yang mulia itu, Zainab juga sudi menjadikan
Abul Ash sebagai teman hidupnya..
Hebatnya Zainab kerana terbiasa dengan didikan yang diberi oleh
kedua ibu dan bapanya, Zainab mampu menguruskan rumah tangganya dengan baik walaupun
ketika itu umur beliau sangat muda. Alhamdulillah, Zainab diberi rezeki yang
tidak ternilai apabila beliau dikurniakan oleh Allah dua orang cahaya mata,
iaitu Ali dan Umamah.
~Bermulanya keperitan dan kepayahan hidup…..
Terjadi peristiwa yang paling besar di dalam sejarah kehidupan
manusia, nabi Muhammad diangkat menjadi utusan Allah ( rasul Allah). Pada
ketika itu juga, suami Zainab, Abul Ash pergi berdagang. Zainab pada ketika
itu, telah bersiap sedia untuk turut bersama dengan ayahnya mendakwahkan agama
yang baru ini, agama yang benar, dan lagi lurus.. Zainab yakin, ajaran yang
dibawa oleh ayahnya, merupakan agama yang benar dari Allah dan menjadikannya
sebagai jalan dan aturan hidupnya..
Setelah itu, suami Zainab pulang, dengan penuh yakin, Zainab
percaya suaminya akan menerima agama yang benar ini, setelah Zainab
menceritakan segalanya.. TETAPI….
Ternyata, jangkaannya meleset.. Abul Ash menjawabnya dengan dingin
dan diam seribu bahasa. Zainab tetap memujuk suaminya yang tercinta. “ Demi Allah,
aku tidak memburukkan ayahmu, hanya aku tidak suka jika kau dikatakan menghina
kaumku dan meninggalkan agama nenek moyangku lantaran menurutkan kemahuan
isteriku “,kata Abul ash. Zainab diberi dugaan dan ujian besar dalam hidupnya
apabila suami yang dicintai tidak mahu menerima agama yang benar ini, agama
Islam. Rumah tangga Zainab yang dulunya diwarnai dengan pelangi yang indah,
kini menjadi mendung, Zainab sedih, rumah tangganya mula dilanda kegelisahan
dan keresahan. Walaupun begitu, Zainab terus tinggal di rumah Abul Ash,
suaminya di Mekah. Keberadaannya di Mekah tidak dapat meringankan beban
kepedihan hatinya, kerana kedua orang tuanya sudah tidak berada dekat dengannya
lagi. Rasulullah telah berhijrah ke Madinah bersama dengan sahabat baginda, manakala
ibunya sudah meninggal dunia. Adik-beradik perempuannya yang lain juga telah
menyusul ayahnya berhijrah ke Madinah Al Munawwarah.
Ketika Perang Badar, kaum muyrik Mekah mengajak Abul Ash untuk
berperang bersama mereka bagi melawan orang muslim. Untuk ringkaskan cerita
ini, Abul Ash telah ditawan oleh orang muslim dalam peperangan ini, Perang
Badar. Para tawanan yang ditawan, dihadapkan di hadapan rasulullah. Ketika itu,
Rasulullah melihat Abul Ash, lalu menyuruh sahabatnya agar melayan Abul Ash
dengan baik. Pada ketika itu juga, Zainab yang berada di Mekah mendapat berita
bahawa suaminya telah ditawan oleh orang muslim,. Zainab segera mengutuskan
sebuah kalung yang dihadiahkan oleh ibunya dahulu sebagai hadiah pernikahannya
dulu untuk tebusan. Apabila sampai barang yang diutuskan itu kepada Rasulullah,
Rasulullah berasa sedih kerana teringatkan kalung itu merupakan pemberian
almarhum isterinya yang tercinta kepada anak perempuannya, Zainab. Zainab
menghantar kalung itu sebagai tebusan untuk suaminya, kerana Zainab sudah tidak
mempunyai harta yang lain. Rasulullah dan para sahabat terdiam, keadaan menjadi
pilu mereka tunduk kerana terharu melihat kejadian ini.
Setelah itu, Rasulullah bersabda, “ Jika kamu semua bersetuju
membebaskan tawanan yang ditebus oleh Zainab dan mengembalikan harta
tebusannya, sila kamu semua lakukan!”. Serentak para sahbat menjawab “ Ya,
wahai Rasulullah,” Mereka melepaskan Abul Ash dan mengembalikan kalung itu
kepada Zainab. Rasulullah mengambil perjanjian dengan Abul ash yang dia akan
melepaskna Zainab kerana dari segi hukum agama Islam, Islam telah menceraikan
mereka berdua kerana agama yang berbeza.
Abul Ash pulang ke Mekah dengan selamat, lalu bertemu dengan
Zainab. Zainab gembira dan bersyukur suami yang ditunggu selama ini, telah
muncul dengan selamat. Namun, Kegembiraan itu tidak lama, kerana Zainab
terpaksa berpisah. Abul Ash dengan wajah sedih melepaskan Zainab untuk pulang
kepada ayahnya. Zainab terkedu, sedih, kegembiraan yang sekejap diganti dengan
kesedihan. Abul Ash berpegang kepada janjinya bersama Rasulullah untuk
melepaskan Zainab dan membiarkan Zainab untuk pulang kepada Rasulullah.
Zainab yang ketika itu sedang hamil harus meninggalkan suaminya yang
tercinta dengan iringan salam perpisahan suaminya. Walaubagaimanapun, kerana
hasad dengki, orang Quraisy sengaja dan beusaha menghalang Zainab dan
menegahnya serta menakut-nakutkannya.. Akhirnya, Zainab keguguran. Kedudukan
fizikal Zainab yang lemah menyebabkan Zainab terpaksa berpatah semula ke Mekah,
untuk memulihkan tenaganya. Sepanjang berada di Mekah, Abul Ash lah yang
menjaga beliau sehinnga seihat sepenuhnya.
Pada suatu hari, sedang orang Quraisy tengah lalai, Abul Ash
menghantar Zainab agar keluar dengan dikawal saudaranya yang bernama Kinanah
bin Rabi’kepada Rasulullah ke Madinah dengan selamat.
Sudah enam tahun Zainab tinggal di Madinah bersama ayahnya. Selama
itu jugalah Zainab tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah agar dilapangkan
hati Abul Ash untuk menerima Islam.
Pada bulan Jamadilawal tahun ke enam Hijrah, Abul Ash datang dan
mengetuk pintu rumah Zainab. Terkejut Zainab dengan kehadiran Abul Ash, dia
seolah-olah tidak percaya di hadapannya merupakan suaminya dulu, walaupun
begitu Zainab memendam rasa, tetap berpegang teguh kepada akidah yang
diimaninya itu. Zainab tetap menyambutnya dengan baik, Abul Ash berkata “ wahai
Zainab, saya datang bukan untuk berperang, melainkan aku ini keluar dari Mekah
untuk berdagang bersama oang Quraisy yang lain. Dalam perjalanan kami bertemu
dengan pasukan ayahmu, semua nya seramai 170 orang di bawah pimpinan Zaid bin
Harithah. Mereka berjaya merampas barangan kami dan saya berjaya melolskan
bediri, lalu datang ke sini untuk untuk meminta perlindungan darimu”
Zainab menjawab dengan perasaan terharu dan lembut “ selamat datang,
wahai anak ibu saudaraku!selamat datang wahai ayah Ali dan Umamah!”, Ketika
Rasulullah selesai melaksanakan solat subuh, Zainab bangkit dan berkata dengan
suara yang lantang “ aku telah memberikan perlindungan kepada Abul Ash bin
Ar-rabi’” .Rasulullah bersabda” adakah kamu mendengar apa yang aku dengar ? “ “ya,
wahai Rasulullah” Beliau bersabda lagi “ Demi Allah yang jiwa Muhammad berada
dalam kekuasaa Nya, aku benar-benar tidak mengetahui apa yang telah terjadi
sebelum aku mendengar sebagaiaman yang kamu semua dengar. Orang mukmin itu
adalah penolong bagi yang dan melindungi orang yang lemah dan kita dahulu telah
bersepakat untuk meberikan perlindungan kepada orang yang diberi perlindungan
oleh Zainab.”
Setelah itu, nabi Allah, pergi bertemu dengan anaknya itu dan
bersabda, “ berilah layanan yang sebaik-baiknya dan kamu terus harus
berhati-hati agar dia tidak menyentuhmu, sebab kamu tidak halal lagi baginya.”
Zainab mengerti. Zainab memohon kepada ayahnya agar memulangkan semula barangan
Abul Ash yang dirampas oleh orang muslim. Mereka memulangkannya kepada Abul ash
tanpa mengurangkan seidikit pun.
Seterusnya, Abul Ash pulang ke Mekah, dan mengembalikan barang-barang dagangan tesebut
kepada pemiliknya. Kemudian dia berseru dengan lantang “Wahai orang Quraisy,
apakah ada di kalangan kamu semua yang masih belum menerima kembali hartanya? “
mereka menjawab “ tidak, mudah-mudahan Allah membalasmu dengan balasan yang baik.
Sungguh kami mendapati kamu sebagai seorang yang menepati amanaht lagi mulia “.
Ketika itu juga dia berkata, “ Muali ketika ini, aku bersaksi
bahawa tiadak ada tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan
Nya. Demi Allah, tidak ada alasan lain yang menghalangku untuk memeluk Islam ketika
aku diMadinah kelmarin kerana aku khuatir jika dengan keislamanku itu kamu
semua beranggapan bahawa aku hanyalah ingin mengembalikan harta kamu semua.
Oleh iu ketika ini setelah Allah mengembalikan harta kamu semua dan aku telah
menyelesaikan urusanku, maka aku umumkan bahwa aku telah memeluk Islam”
Doa Zainab dimakbulkan~
Abul Ah kemudian berangkat ke Madinah untuk bertemu dengan
Muhammad untuk menyatakan keislamannya sekaligus berhijrah sebagai seorang
muslim. Sesampainya di Madinah , Rasulullah mengembalikan Zainab kepadanya
sehingga mereka boleh bersatu kembali. Jika dahulu, mereka dsatukan atas dasar
cinta dan sayang, tetapi kini mereka disatukan atas dasar akidah yang sama yang
tidak boleh dipisahkan dengan apa pun.. SubhanaAllah,hebatnya perancangan
Allah.
Perpisahan buat Zainab dan Abul ash~
Mereka hidup dengan bahagia. Setelah lebih satu tahun, perpisahan
yang sebenar,benar-benar berlaku antara Zainab dan Abul Ash, Zainab meninggal
dunia pada pertengahan tahun ke-8
Hijriah akibat penyakit kurang darah yang sudah dideritainya sejak dia
berangkat berhijrah. Abul Ash sedih dan menangisi kematian isterinya yang
tercinta, begitu juga dengan orang di sekelilingnya kerana terharu kerana
pemergian Zainab.
Rasulullah s.a.w datang dalam keadaan bersedih dan menyampaikan
kepada wanita-wanita yang memandikan jenazah Zainab “ mandikanlahdia dengan
bilangan ganjil, 3 kali atau 5 kali dan pada bilasan terakhir campurkanlah
dengan kapur barus atau sesuatu yang serupa dengan kapur barus. Seterusnya,
beritahu kepadaku jika kamu semua telah selesai memanddikannay”. Setelah
selesai memandikannya, Rasulullah bersabda “ pakaikanlah kain ini pada
jenazahnya”.
Semoga Allah mencucuri rahmat buat puteri Rasulullah yang tabah dalam
perjalanan hidupnya dan memberikan sebaik-baik balasan atas kesabaran,
perjuangan, kepayahan dan keperitan yang dialami oleh ibu kepada Ali dan Umamah
ini.. amin…..
No comments:
Post a Comment