Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Thursday 18 August 2011

Dapatkan Bonus Di Bulan Ramadhan!! Jangan Lepaskan Peluang Ini!! (terma &syarat *hati kena ikhlas)

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Kekasih untuk berkongsi "Bonus Hebat Ini Di Bulan Ramadhan".





JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAPAT GANJARAN YANG ALLAH JANJIKAN!!

Jika anda seorang yang sangat suka dan tidak pernah 'miss' solat TARAWIH, lakukan lah dengan istiqamah sehingga berakhirnya Ramadhan, kerana ganjaran yang BESAR menanti anda setiap kali anda melakukan solat sunat tarawih...

BONUSNYA:

Malam 1
-Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaanya baru dilahirkan.

Malam 2
-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

Malam 3
-Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam 4
-Orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam itu.

Malam 7
-seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi MUsa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
-Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada nabi Ibrahim a.s.

Malam 9
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dilaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam10
-Allah S.W.T mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam 11
-Ia meningggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam 12
-Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam 13
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam 14
-Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka solat bertarawih serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan mereka.

Malam 15
-Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakan nya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
-Allah S.W.T menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga.

Malam 17
-Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam 18
-Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganMu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal )

Malam 19
-Allah S.W.T akan meninggikan darjat nya di dalam syurga Firdausi.

Malam 20
-Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.


Malam 21
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam 22
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam 23
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam 24
-Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mngerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
-Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam 26
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam 27
- Allah S.W.T  akan mengurniakan kepadanya kemudahan unutk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam 28
-Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam 29
-Allah S.W.T akan mengurniakn kepadanya pahala seribu haji yagn mabrur.

Malam 30
-Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud) :Wahai hambaKu!makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar.

(imej ini hanya lah hiasan semata-mata)



WALLAHUALAM..

JADI! TUNGGU APA LAGI???DAPATKAN BONUS INI DENGAN SEGERA!
*BONUS INI BERMULA DARI 1 RAMADHAN HINGGA 30 RAMADHAN SHJ.HARAP MAKLUM.






Sekian,Assalamualaikum!! :))

Bumi Syria.


Indahnya bumi Syria,sangat ingin mengetahui keadaan,dan suasana negara ini.



Kota Damsyik....




di Damsyik lagi..


Damsyik diselimuti salji...(^^)




SUBHANALLAH!! indahnya....



Hebat rumah Allah,cantik!!!





Waaahhhh... :D





mana ek tempat ni??-_-""yang pasti kat syria...


Bumi syria menarik minatku setelah membaca novel Syabab Musafir Kasih  yang ditulis oleh Fatimah Syarha. Best dan menarik hati, langsung punyai hasrat ke sebuah negara Islam itu.InsyaAllah,kalau diizinkan dan dimurahkan rezeki oleh Kekasih. Takut-takut ajal datang dulu,tak sempat nak musafir ke sana.Allah Maha Mengetahui.. :))








Salam Ramadhan..Assalamualaikum..:)

Wednesday 17 August 2011

Bersedekah Menjadikan Kita Kaya??

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,,
Masih lagi diberi peluang untuk menulis di blog ini,nikmat kesihatan,kehidupan yang Allah beri dimanfaatkan dengan sebaiknya,InsyaAllah..


Baik.kali ini saya ingin berkongsi dengan Tuan-Tuan,Puan-Puan,Encik,Cik,kakak-kakak,abang-abang,adik-adik semua mengenai SEDEKAH..


Apa itu SEDEKAH??



Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arabصدقة‎) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fisabilillah.

Allah menuntut kita untuk bersedekah,ini dapat dibuktikan melalui fimanNya, :
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.(Surah An-Nisaa’ : ayat 114) [2]


TETAPI ramai orang beranggapan,kalau bersedekah harta,wang akan berkurang..hmm..MashaAllah,salah kefahaman itu.


“Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)”






Ada suatu kisah: Sebaik pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
.
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman al-Farisi sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk anak kita Hassan dan Husain."
Saidina Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Saidina Ali keluar lagi bagi membeli makanan.
Di tengah jalan, Saidina Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, saidina Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.
Saidina Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah.
Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu."
Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang."
"Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu.
"Berapa harganya?" tanya Ali, menunjukkan minat.
"Tidak mahal, 100 dirham sahaja," jawab Badwi itu.
"Baiklah, saya beli," kata Saidina Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.
Baru beberapa langkah Saidina Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?"
"Ya," jawab Saidina Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu.
"300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali.
Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?"
"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab saidina Ali.
Seterusnya, Saidina Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Saidina Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kataSaidina Ali.
"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?"
Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.
"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."
Setiap satu benda yang kita sedekahkan, Allah akan membalas semula sebanyak gandaan 10. 1x10=10.
TAK PERCAYA??saya sendiri pernah alami,TERNYATA JANJI ALLAH adalah BENAR.



Kisahnya begini,pada suatu tengahari,saya ke bandar untuk membuat urusan di bank,setibanya di hadapan bank,ada seorang budak yang umurnya lebih kurang dalm darjah enan atau tingkatan satu,dia datang menghampiri saya,"kak,ada duit tak?boleh tak bagi kat saya sikit,sehari suntuk saya tak makan ,basikal saya rosak,rumah jauh,tak larat nak berjalan," Dalam fikiran saya takut-takut juga budak ini ada kaitan dengan sindiket haram yang menggunakan budak untuk mendapatkan wang,tapi terus sahaja saya teringat akan janji Allah ini dan tuntutan mengenai baikya bersedekah,tanpa berfikir panjang saya memberi wang sejumlah rm5 kepadanya.Tak kisahlah dia menipu atau tak,peluang untuk buat amal dah datang bergolek di depan mata,sahut saja lah.'terima kasih kak"kata adik tadi.
Seminggu kemudian saya pulang ke kampung,saya keluar berjalan-jalan bersama emak sedara,ketika di dalam kereta,kami berbual-bual. Tiba-tiba,emak sedara saya bertanya,'Kekrah ada duit tak belanja?""em,tengah pokai"jawab saya. Terus sahaja dia menghulurkan wang sebanyak rm50. Terus saya teringat akan janji Allah ini,maka benarlah,saya memberi adik itu wang sebanyak rm5 dan Allah membalas kepada saya rm50.5x10=50. ALLAHUAKBAR!! begitu juga hari-hari yang seterunsya,saya bersedekah,ternyata Allah memberi ganjarannya semula kepada kita.Balasan di dunia dapat,di akhirat pun kita dapat,tak rugi bersedekah.InsyaAllah. Ada seorang hamba Allah ini bertanya kepada saya,"macam mane ye nak kaya?" saya menjawab"ha,kita sedekahlah". "larh,kalu bersedekah bagi duit kat orang, kaya apanya,makin berkurang lah duit!" saya tidak berani menjawab apa-apa,kerana dia lebih tua dari saya,dalam hati saya bermonolog sendiri,hm,takkan lah tak tahu,setiap kali kita bersedekah,Allah akan beri semula ganjaran kepada kita,malah berganda lagi..hm...manusia-manusia,tak yakin dengan  janji Allah..

KELEBIHAN BERSEDEKAH:


1)Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )
2)Menolak bala bencana
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
( H.R Al-Baihaqi )
3)  Membersihkan harta.

4) Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.

5)  Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
6) Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang   kaya.

7) Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.
8)  Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)

9)Sedekah akan meringankan  kiraan hisab nanti.

10)  Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
11)  Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
12)  Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.

PENUTUP:Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. 
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)


Wallahualam.sekian,Assalamualaikum,salam ramadhan.. :)






                                                           SENYUMAN itu juga sedekah  :)



Renungan Bersama..InsyaAllah :)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,masih lagi diberi peluang oleh Allah,untuk menikmati kehidupan dunia yang banyak cubaan dan dugaan ini..Dan alhamdulillah juga dapat menulis di blog ini..


Kali ini,saya hanya ingin berkongsi gambar-gambar yang insyaAllah akan memberi manfaat kepada kita semua.Ambil lah sebagai suatu nasihat dan perkongsian unutk ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. InsyaAllah.. :)
























Sekian sahaja untuk kali ini..Wasalam..Salam Ramadhan ^^

Lelaki soleh dan Wanita Solehah..Dan aku???



.✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
LELAKI SOLEH DAN WANITA SOLEHAH..SEDANGKAN AKU PULA??
Subhanallah..Alhamdulillah..AllahuAkbar.?.(T__T)
"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajat dan doa kamu."..subhanAllah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..
aku tak tahu adakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sntiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapat bretemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mengimpikan dirimu menjadi zauji"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati..
(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥) 
aku yg jahil    : Apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi              : Seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..
aku yang jahil : MasyaAllah, astaghfirullah...adakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi              : Segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
aku yang jahil : Astaghfirullah..adakah aku kini masih berpeluang utk menerima lamarannya?
qolbi              : Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T setulus hatimu..
aku yang jahil : Astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, adakah aku dapat mempunyai dia yang  
soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?
qolbi              : Bukan kamu yang memutuskan adakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan menilai tahap solehah kamu..selagi mana kamu memikirkan
adakah aku solehah atau tidak, maka selagi itulah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...
misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, adakah aku boleh mendapatkan Adam yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.
aku yang jahil : SubhanAllah..adakah aku boleh niat di hati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?
qolbi               : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui darimu adakah amalanmu itu diterima atau tidak. Tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu padaNya..bukan mempersoalkannya..
aku yang jahil  : Astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi               : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamaku..
aku yang jahil  : Astaghfirullah..syukru lillah...berikan aku petunjukMu, wahai Pemilik Hakiki jasad dan hati ini...
qolbi               : Ya Allah, moga jasad ini seiring dgnku dlm mentaati perintahMu..
wallahu a'lam..
(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)
.✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
Hatiku ibarat padang pasir yang tandus..punyai hati yang sungguh gersang dari cintaNYA..cukup untuk aku merasa begitu jauh dari kasihNYA. Cinta anugerah dan hadiah Maha Pencipta..masakan aku lebih mencintai hadiah daripada Pemberinya? Sepatutnya aku lebih menghargai tulusnya perasaan itu dgn menghargai kasih Pemberinya..
 
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu..benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu..hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu..tazkirah-tazkirah darimu, aku ingat sentiasa dalam kotak memoriku..satu PENGAKUAN, aku mengagumimu..tidak berani aku menyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan takrif apa pun tentang perasaanku padamu..
 
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
kau pemuda SOLEH, disanjung dan dihormati ramai..sedangkan aku, wanita berduka solehahku TIDAK PASTI..
aku sedang dalam perubahan, setiap ayat-ayat cinta dariNYA terkesan dalam diriku..kini aku lebih banyak mengisi waktu bersamaNYA..tetapi aku tidak berani menyatakan ayat-ayat cintaku padamu,pemuda soleh..aku hanya mampu mengagumimu dari jauh..kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji ALLAH.."LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH."
 
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah..namun keutamaanku bukanlah untuk mendapatkan yang soleh, cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh..
akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu..bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajahmu..bukan kerana keturunanmu, dan bukan jua kerana popularitimu..semoga kau beroleh rahmat dariNYA..
 
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
p/s : maafkan bilaku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah..ayat-ayat cinta bercerita, cintaku padamu...
~Jika aku mencintaimu kerana Allah, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu adakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.~
 
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
Share



Kisah Kami (meow) =^.^=

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,SubhanaAllah,Allahuakhbar..

Syukur,alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang oleh Kekasih untuk hidup di dunia ini dan menulis di blog ini..

hm,
ok nak cerita pasal kucing-kucing si Aisyah,adikku, yang suka sangat bela kucing. Kalau 'time' makan boleh je dia suap kucing-kucing tu makan macam suap dekat 'baby'.ish,ish,ish..


Ni,ibu kucing waktu dia kecil dulu,nama panjang Bawang Merah,nama pendek, Merah je.

Merah ni masa kecil dulu,dia kucing buangan , pemilik dia yang dulu buang dia 'time' kecil lagi kot,sebab tiba-tiba je dia ada kat depan rumah. Si Aisyah ni apa lagi,ambil lah kucing ni,terus je buat jadi 'pet' dia. Tapi yang bagusnya Merah tak buang najis dalam rumah, bagus kucing ni. Jadi mak pun benarkan je Merah ni jadi 'pet' kat dalam rumah ni. Kami bela dia dari kecil lagi sampai lah Merah dewasa.

dah besar pun Puan Merah kita ni.

Pada awal tahun 2011,bulan 3 mungkin,kalau tak silap(sebab tak ada kat rumah) Puan Merah kita selamat melahirkan ank-anak dia . 5 ekor kesemuanya,tapi seekor mati 'time' waktu lahir,dan seekor lagi mati sebab kena baham dengan biawak :'( tak sempat nak selamatkan. Tinggal lah 3 ekor.


anak-anak kucing waktu kecil dulu




dah besar pun anak-anak merah. Nama-nama anak Merah, dari kanan Chiko, Oren, dan A'ei.


Pada bulan Ramadhan ni,Merah sekali lagi selamat lahirkan anak-anak dia yang 'second round'.
7 ekor kesemuanya,tapi 2 ekor mati disebabkan pra-matang dan lemas 'time' beranak. Gambarnya menyusul kemudian.

Bila dilihat anak-anak kucing ni,terfikir betapa hebatnya Allah dalam penciptaan Nya,melihat gerak geri anak-anak kucing baru lahir sangat comel,dan indah kejadian yang Allah dah tetapkan. SUBHANAALLAH!!!

Itu saja untuk kali ni.. ;)

Assalamualaikum..Salam Ramadhan buat semua.. :)