Bismillahirahmanirahim,,
Alhamdulillah berpeluang lagi untuk menulis di blog yang tak seberapa ini sementara diberi kelapangan waktu..
Apa khabar iman hari ini?
Untuk hari ini, ada kita mengingati Allah?
Mengucapkan syukur kepada Nya yang banyak memberikan segala nikmat kepada kita ?
Untuk hari ini ada kita mengingati Rasul Allah?
Mengungkapkan selawat kepada baginda..?
Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda..
Ayuh, sama-sama kita lakukan..
Kali ini saya terpanggil mahu berbicara mengenai KELUARGA ..keluarga sakinah..insyaAllah,amin..
MY FAMILY....
bukan mahu berbicara mengenai asal usul keluarga saya, tidak..
cuba kita berfikir sejenak..
adakah kita gembira dengan keluarga kita sekarang?
saya terfikir, dan selalu memikirkannya..
bila kita makin dewasa,kita yang sekarang ini sedang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan anak,
adakah lagi waktu yang terluang yang panjang untuk bersama dengan ibu bapa kita, dan adik beradik kita?
Ketika kecil dahulu, pernah kita bergaduh dengan abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak..
Saat itu,kita merasakan mereka lah makhluk yang paling dibenci oleh kita..
Tapi sekarang, bila saat kita berjauhan dengan mereka, masing-masing menggalas amanah yang dipikul, saat yang paling kita benci pada waktu dulu, saat yang paling manis apabila dikenangkan..
Sungguh, aku merinduinya...
Dimarahi oleh emak kerana bermain lumpur dengan abang dan adik,
dimarahi kerana memasuki hutan tanpa pengetahuan emak dan ayah,
dimarahi kerana bermain hujan,
dimarahi kerana kenakalan kami,
itu semua kenangan yang paling berharga...
Kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk dikenang..
kami coretkan kenangan ketika waktu kecil dengan pengalaman yang berharga..
No wonder, emak dan ayah selalu berbicara mengenai zaman kecil mereka,
saya tahu, mereka juga merinduinya..
dan saya rasa, anda semua sekarang ini, sangat menghargai masa-masa bersama keluarga bukan..?
bagi saya, waktu yang paling indah,
apabila satu keluarga berkumpul, berkongsi cerita, bergurau senda, dan sama-sama mengingati dalam ibadah.. :) :) :)
Bila abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, masing- masing makin dewasa, kita lebih menghargai mereka..
Masa-masa yang ada, luangkanlah bersama keluarga..
cuba fikirkan, bila lagi masa yang panjang dan lama untuk kita bersama keluarga?
saya fikir, hanya waktu kita bersekolah sahaja waktu yang paling lama kita bersama dengan keluarga..
Apabila kita berada di universiti, kita hanya dapatkan luang masa bersama keluarga hanya sekejap,paling lama 3 bulan..
selepas habis stadi, kita akan bekerja,silap-silap dapat berjumpa dengan keluarga hanya apabila cuti raya..
selepas itu, kita sendiri akan mempunyai keluarga sendiri, masa untuk meluangkan bersama keluarga dulu, makin terhad..
Sebab itulah, bagi saya, masa yang ada sekarang ini, hargailah...
Hormatilah ahli keluarga kita, selalu lah bertanya khabar..
kerna ku tahu, kita semua merindui mereka semua..
post kali ini hanya perkongsian mengenai keluarga..
No comments:
Post a Comment