Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Sunday, 26 February 2012

Ku serahkan segalanya kepada Mu..

Bismillahirahmanirahim..



Ya Allah ku serahkan segalanya kepada Mu..
Engkau Yang Maha Mengetahui..
Engkau Yang Maha berkuasa..
Berikanlah petunjuk kepadaku..
Redhailah apa yang berlaku..
Tabahkanlah hatiku Ya Allah,
Kuatkanlah aku Ya Allah,
Ku mohon kekuatan dariMu,
Jauhkanlah aku dari perkara yang melalaikan,
Tetapkanlah pilihan dan pendirianku..
Engkau lah yang selayaknya disembah dan tempat bagi meminta pertolongan..
amin..

Aku Mahu Berubah..

Bismillahirahmanirahim..

akhir-akhir ini, ramai yang bertanya, macam mana mahu berubah?? macam mana orang tu boleh berubah? boleh tak bagi nasihat dan "guard:" saya supaya tak lalai?? hmm..soalan-soalan begini sukar dijawab,tapi insyaAllah sesiapa yang digerakkan hatinya untuk berubah, atau berhijrah, sahut lah dengan segera,khuatir Allah akan menarik semula nikmat hidayah itu, dan lagi khuatir apabila Allah tidak lagi mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati kita..nauzubillah.. Apabila disapa oleh Allah, yakinlah dan teruskan berhijrah..

 Hijrah diri..

Apa itu Hijrah??
Hijrah (هِجْرَة), maksudnya perpindahan..

saya lebih suka fahamkan diri saya makna hijrah itu adalah perubahan dari keburukan kepada kebaikan..



Ramai yang mahu berubah. Berubah dari segi apa? SEMUA! pakaian, perangai,pergaulan, dan terutama ibadah kepada Allah..

sedikit perkongsian ..

Mungkin saudara dan saudari banyak kali mendengar cerita ini, tapi suka saya ceritakan semula untuk memberi sokongan kepada saudara dan saudari yang mahu berubah..

Ada seorang sahabat, muslimah.. Zaman sebelum penghijrahan dirinya dia seorang yang lincah,aktif bersukan,mengenakan tudung bawal bidang biasa, bajunya biasa-biasa sahaja,gemar berfesyen juga, pergaulan dengan lelaki dan perempuan biasa(tapi tak ada sampai pegang-pegang tangan),dari sekolah harian biasa, keluarga yang bukannya alim-alim semua..semuanye biase...


Hatinya disapa oleh Allah,ketika memasuki satu permainan di sekolahnya.. Jurulatih bagi permainan itu pula,seorang ustazah. Ustazah tersebut ditugaskan untuk menjadi jurulatih bagi permainan tersebut bagi mewakili sekolah.. Hubungan dia dengan ustazah semakin rapat, ketika berehat, selalu muslimah ini duduk berhampiran dengan ustazah, ustazah selalu bercerita pasal Islam,aurat,bagaimana dia berpakaian seperti ini (menutup aurat dengan sempurna),isu-isu semasa mengenai Islam.Dia makin tertarik,tapi tiada kekuatan untuk meluahkan,mungkin perasaan malu yang menebal..Jauh di sudut hatinya, hatinya menjerit mahu berubah.. Kerana dia tahu,cara berpakaiannya bukanlah sempurna, pakaian yang tidak diredhai oleh Allah,kerana tudung nya yang nipis, bajunya yang mengikut bentuk badan, lengan dan kaki tidak ditutup.Berbagai-bagai persoalan dan jangkaan dalam fikirannya..
"Kalau aku berubah dari segi pakaian aku,mesti ramai yang pelik dan bertanya, dan yang teruknya mesti diejek.. kalau aku berubah mesti keluarga aku pelik? nanti kena perli dengan adik beradik,saudara mara..hmm.."
banyak betul tanggapan yang difikirkan..

Dalam hati dia selalu mahu berubah, suatu hari dia suarakan niatnya itu kepada sahabat baiknya..Allah itu Maha Besar!!! sahabatnya juga mempunyai niat yang sama,mahu berubah,tetapi masing-masing tiada kekuatan. Kini Allah bagi kekuatan kepada mereka,dengan saling memberi sokongan dan dorongan.. 

 "biarlah apa orang nak kata,asal aku buat sesuatu yang betul dan diredhai Allah,Allah adalah kekuatanku".

Pertama kali,muslimah itu mula mengenakan stokin, handsocks,tshirt muslimah labuh,tudung bawalnya dahulu yang disilang di atas bahu diturunkan,dipinkan menutup dada.Cantik.. Seperti yang dijangka ada suara-suara mencemuh..yang paling perit apabila dicemuh oleh keluarga sendiri. Dia hanya mampu menangis,bersabar dan mengadu kepada Allah..
Sebulan berlalu,dia menukar tudungnya dari tudung yang bawal kepada tudung bidang 45 yang tidak nipis.. Sedikit ketenangan dirasai dalam dirinya.. Dicemuh dan ditegur,sudah "terimmune".alah bisa,tegal biasa. 
habis sekolah,muslimah tersebut berpisah dengan sahabat baiknya, kerana masing-masing mengejar cita-cita. Di sebuah institusi, dia rajinkan diri ke surau, berkawan dengan orang-orang yang solehah, rajin mencari bahan-bahan agama, selalu melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan.. Dia merasakan ketenangan dan keseronokan melakukan semua itu. 
Di sana, dia berpakaian tudung labuh, baju labuh,menutup kaki,dan lengan.Sempurna pemakaiannya. Pemakaiannya bukannya atas dasar mahu dilihat orang,tapi keselesaan bagi dirinya dan yang paling utama mengikut kehendak syarak. Dia kini mendapat ketenangan..Selalu juga dia menelefon ustazah di sekolahnya dulu,bertanya khabar.. Ustazahnya itu tahu akan perubahannya,dan turut memberi sokongan.


Pergaulannya dijaga, kalau dulu boleh bergelak ketawa semeja dengan rakan-rakan kelas lelaki dan perempuan, tetapi apabila di sana,usahkan duduk semeja dengan lelaki, nak berbual panjang pun segan. Dia mahu menjaga pergaulannya dengan baik,tidak mahu apa yang dilakukan dalam kehidupannya dimurkai oleh Allah..
Di sana dia mendapat sahabat-sahabat yang baik semuanya, mereka selalu memberi sokongan kepada dia dan membantunya. Mereka selalu belajar bersama,solat berjemaah bersama, usrah bersama,makan bersama. Manisnya ikatan dijalin..muslimah itu baru mengerti erti ukhuwah.. Indahnya berukhuwah kerana Allah..

Setahun berlalu, muslimah itu bakal melangkah ke alam unversiti..Alam yang lebih mencabar bagi dirinya. Baginya, dia perlu kuat untuk istiqamah dalam penghijrahan ini, kerana tiada lagi sahabat-sahabat yang akan bersama dengannya. Sedih berpisah dengan sahabat-sahabat,tetapi dikuatkan hati kerana pertemuan dan perpisahan ini kerana Allah.

 Keluarga dan rakan-rakannya sudah dapat menerima perubahannya, bukan atas perubahan dirinya saja yang berlaku,bahkan keluarganya. Mereka menerima perubahannya ,malah turut menegurnya kalau apa yang dilakukan salah.. 

Kini,muslimah tersebut berada di universiti. Dia tidak berseorangan,kerana dalam hatinya ,Allah sentiasa bersama dengannya. Di sana, dia masih lagi melibatkan diri dalam sukan, tetapi dengan imej yang baru. Pakaian sukan yang menutup aurat, lebih selesa.
Alhamdulillah,dia masih istiqamah terhadap perubahannya.

Kalau melihat cerita ini,muslimah itu tidak membuat perubahan secara mendadak,tetapi berturutan. Dicemuh,diejek, itu semua adalah ujian dari Allah.. Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya di luar kemampuannya.. Hamba-hamba yang diuji oleh Allah tanda Allah sayang kepada nya.. Kesabaran amat penting dan selalu  yakin terhadap Allah.. Selalu lah bersangka baik terhadap Allah,kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.. Berani kan diri untuk mendalami ilmu agama, usah segan untuk mencari ilmu Allah, tapi seganlah dalam mencari sesuatu yang berunsurkan maksiat yang dibenci Allah..Beranikan diri untuk berubah, carilah seseorang yang dapat membantu kita dan menyokong kita(perempuan cari yang perempuan,lelaki cari yang lelaki), tetapi peranan diri sendiri lebih penting, kerana jika ada yang sanggup membantunya tetapi dirinya sendiri tidak mahu melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh, sia-sia semuanya.. Tindakan diri sendiri untuk berubah adalah lebih penting, dan yakinlah dengan tindakan kita ini yang selalu diredhai oleh Allah..insyaAllah..

wallahualam...