Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Monday, 6 August 2012

Karya Dari Seorang Sahabat Untuk Sahabat

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, I've found and realize many things by this poem..
 This poem is created by my lovely sahabat..
Thank u, for give such a great poem and advise to us..

*sayang kamu kerana Allah! :) :)


  • Wahai hati..
     gerangan siapakah yang ada di dalam mu
  • ALLAH atau selain dari itu?

  • wahai hati..
  • ketahuilah ronggamu hanya muat untuk satu nama
  • cinta itu ada kalanya bisa menguatkan
  • adakalanya bisa membunuh.

  • wahai hati..
  • kadang kala cinta itu mampu membuatkanmu lupa pada perjalananmu
  • perjalanan ini hnya sebuah pelayaran
  • suatu ketika nanti kita pasti pulang ke pengkalan
  • yaa...cinta itu godaan dunia
  • cinta itu juga buat aku hampir tersungkur suatu tika dulu
  • tapi kerana cinta itu juga buat aku mengerti
  • rupanya pencipta ku rindu padaku..
  • DIA temukan aku dengan insan-insan
  • untuk aku kenal dan cinta padaNYA

  • wahai hati..
  • bila kau diuji dengan cinta manusia
  • lihatlah seluasnya ke jauh sudut hatimu
  • masih wujudkah ruang untuk Penciptamu
  • Penciptamu rindu kepadamu..
  • suatu tika dulu kau begitu telus dgn cintaNYA
  • tapi kini DIA mengujimu..
  • apa benar cinta yg kau lafazkan dulu
  • tulus hanya untukNYA??

  • wahai hati..
    hanya kau yang mampu menjawabnya
  • adakah cinta dulu tulus untukNYA?

  • dan hanya satu pesan ku..
  • jgalah hatimu hanya untuk ALLAH
  • kerna kau kan temui cinta yang benar-benar tulus pada mu

  • dan ingatlah pertemuan dengan Penciptamu suatu ketika nanti
  • sungguh sebalik semua ini yakinlah
  • ALLAH rindukan kamu...
  • DIA mahu mendengar lafaz cinta yg dulu kau ucapkan padaNYA..
    .........TAMAT.........



    *edit sikit dari yang original..but still x ubah makna yang asal.. :)

    muhasabah diri..~