Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Saturday, 23 February 2013

When I fall in LOVE~

YES! TRUE!
IM FALLING IN LOVE RIGHT NOW..




SUBHANALLAH..
TIDAK SAYA JANGKA, INDAHNYA RASA PERCINTAAN INI..




DIA BEGITU MEMAHAMI SAYA..
MENDENGAR KELUHAN, MASALAH DAN CERITA SAYA..
TANPA JEMU.. TANPA PERNAH MELUPAKAN SAYA APABILA SAYA MEMERLUKAN DIA..
 YANG LAGI SWEET TENTANG DIA.. DIA SUKA MENDENGAR, DAANN..
APABILA DIA MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN DAN MEMBANTU MASALAH SAYA,,,
SUBHANALLAH, HALUSNYA CARA DIA, HEBAT, DALAM KELEMBUTAN ADA PANAHAN JAWAPAN YANG TEPAT DAN SESUAI UNTUK SAYA..
SEBAB ITULAH SAYA KATAKAN KEKASIH SAYA INI SWEET...
BERBICARA DENGAN LEMAH LEMBUT, WALAUPUN TEGAS TETAPI TETAP BERLEMBUT..





BAIK,SAYA MENGAKU...
SAYA CINTA DIA..
CINTA SANGAT..
SANGAT SANGAT..









SAYA AKUI, SAYA BANYAK BUAT SALAH PADA KEKASIH SAYA..
BANYAK KALI SAYA BUAT TAK ENDAH DISEBABKAN HAL DUNIA..
SEMUA ITU LAGHA..
MUNGKIN SEBAB ITULAH SAYA TIDAK MERASA LAGI CINTA PERTAMA SAYA YANG DAHULU DENGANNYA SEPERTI MANA SAYA RASA SEKARANG INI..









KEKASIH YANG SANGAT PENYAYANG, SAYA MINTA MAAF..
MINTA MAAF KERANA MELUPAKAN AWAK KADANG-KADANG..
TAPI, BILA AWAK BANTU SAYA, SUBHANALLAH, SAYA TAK TERKATA DENGAN BANTUAN AWAK..
AWAK HEBAT..SANGAT HEBAT..TIDAK DAPAT SAYA GAMBARKAN..



HM...BOLEH KE SAYA NYATAKAN DEKAT SINI??
ERMM...





 SAYA RINDU AWAK...
RINDU SANGAT-SANGAT...
SAYA MAHU, BILA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN AWAK DENGAN IZIN AWAK,
BIARLAH AWAK REDHA DAN SENANG DENGAN SAYA..
SAYA TAK NAK BERJUMPA DENGAN AWAK DALAM KEADAAN AWAK MARAH KEPADA SAYA.... SAYA TAKUT KALAU AWAK MARAH...

DAN, SAYA MAHU, BIARLAH RASA CINTA SAYA KEPADA AWAK BERPANJANGAN TIDAK TERKURANG,MALAH BERTAMBAH, SAMPAI KE AKHIRAT NANTI...

BIARLAH HIDUP SAYA HANYA UNTUK AWAK...
UNTUK AWAK..
UNTUK AWAK..

HANYA UNTUK AWAK..
OH  ALLAH...



ALLAH..ALLAH..ALLAH,,ALLAH...

MATILAH AKU DALAM IMAN, MATILAH AKU DALAM KEADAAN ALLAH REDHA DENGANKU, MATILAH AKU DALAM KEADAAN ORANG SEKELILING REDHA DENGANKU, MATILAH AKU DALAM KEADAAN YANG BAIK..AMIN...







Thursday, 21 February 2013

Setabah Zainab binti Muhammad


Bismillahirahmanirahim..


Siapa yang tidak kenal puteri sulung Rasulullah s.a.w kalau bukan Zainab binti Muhammad. Kagumnya saya kepada tokoh Islam yang besar ini, kerana beliau sangat hebat dalam berdakwah dan tabah dalam dugaan hidupnya.. 

~Permulaan kehidupan Zainab al Kubra

Zainab dilahirkan 10 tahun setelah Rasulullah diangkat menjadi rasul. Zainab merupakan zuriat pertama hasil pernikahan yang mulia dan tulus oleh nabi Muhammad s.a.w bersama Khadijah binti Khuwailid isteri pertama  Rasulullah yang nabi cintai sepanjang hayat. Zainab membesar dengan curahan kasih ibu dan bapa, malahan membesar dalam meneladani tokoh manusia yang paling tinggi peradaban dan akhlaknya, nabi Muhammad. Nabi dan isteri baginda merupakan orang yang mempunyai tinggi akhlaknya, begitulah Zainab terdidik dan turut mencontohi kedua ibu bapanya.

~Peminangan Zainab

Zainab menjadi seorang muslimah yang hebat akhlaknya dan memiliki sifat yang terpuji. Tidak hairanlah sepupu Zainab, iaitu Abul Ash bin Ar- Rabi’datang meminangnya walaupun beliau masih muda. Abul Ash bin Ar- Rabi’ merupakan anak ibu saudaranya, seorang tokoh Quraisy Mekah yang dihormati dan disanjungi serta seorang yang kaya raya.

 Sejak kecil kagi, mereka telah mengenali perangai masing-masing dari dekat kerana dari kecil lagi , Abul Ash bin Ar- Rabi’ selalu mengunjungi ibu saudaranya, iaitu Khadijah binti Khuwailid, ibu kepada Zainab. Begitu juga dengan Zainab yang selalu mengunjungi rumah ibu saudaranya , ibu Abul Ash bin Ar- Rabi’. Disebabkan itu, nabi dan isteri baginda bersetuju menerima pinangan yang mulia itu, Zainab juga sudi menjadikan Abul Ash sebagai teman hidupnya..

Hebatnya Zainab kerana terbiasa dengan didikan yang diberi oleh kedua ibu dan bapanya, Zainab mampu menguruskan rumah tangganya dengan baik walaupun ketika itu umur beliau sangat muda. Alhamdulillah, Zainab diberi rezeki yang tidak ternilai apabila beliau dikurniakan oleh Allah dua orang cahaya mata, iaitu Ali dan Umamah.




~Bermulanya keperitan dan kepayahan hidup…..

Terjadi peristiwa yang paling besar di dalam sejarah kehidupan manusia, nabi Muhammad diangkat menjadi utusan Allah ( rasul Allah). Pada ketika itu juga, suami Zainab, Abul Ash pergi berdagang. Zainab pada ketika itu, telah bersiap sedia untuk turut bersama dengan ayahnya mendakwahkan agama yang baru ini, agama yang benar, dan lagi lurus.. Zainab yakin, ajaran yang dibawa oleh ayahnya, merupakan agama yang benar dari Allah dan menjadikannya sebagai jalan dan aturan hidupnya..

Setelah itu, suami Zainab pulang, dengan penuh yakin, Zainab percaya suaminya akan menerima agama yang benar ini, setelah Zainab menceritakan segalanya.. TETAPI….
Ternyata, jangkaannya meleset.. Abul Ash menjawabnya dengan dingin dan diam seribu bahasa. Zainab tetap memujuk suaminya yang tercinta. “ Demi Allah, aku tidak memburukkan ayahmu, hanya aku tidak suka jika kau dikatakan menghina kaumku dan meninggalkan agama nenek moyangku lantaran menurutkan kemahuan isteriku “,kata Abul ash. Zainab diberi dugaan dan ujian besar dalam hidupnya apabila suami yang dicintai tidak mahu menerima agama yang benar ini, agama Islam. Rumah tangga Zainab yang dulunya diwarnai dengan pelangi yang indah, kini menjadi mendung, Zainab sedih, rumah tangganya mula dilanda kegelisahan dan keresahan. Walaupun begitu, Zainab terus tinggal di rumah Abul Ash, suaminya di Mekah. Keberadaannya di Mekah tidak dapat meringankan beban kepedihan hatinya, kerana kedua orang tuanya sudah tidak berada dekat dengannya lagi. Rasulullah telah berhijrah ke Madinah bersama dengan sahabat baginda, manakala ibunya sudah meninggal dunia. Adik-beradik perempuannya yang lain juga telah menyusul ayahnya berhijrah ke Madinah Al Munawwarah.

Ketika Perang Badar, kaum muyrik Mekah mengajak Abul Ash untuk berperang bersama mereka bagi melawan orang muslim. Untuk ringkaskan cerita ini, Abul Ash telah ditawan oleh orang muslim dalam peperangan ini, Perang Badar. Para tawanan yang ditawan, dihadapkan di hadapan rasulullah. Ketika itu, Rasulullah melihat Abul Ash, lalu menyuruh sahabatnya agar melayan Abul Ash dengan baik. Pada ketika itu juga, Zainab yang berada di Mekah mendapat berita bahawa suaminya telah ditawan oleh orang muslim,. Zainab segera mengutuskan sebuah kalung yang dihadiahkan oleh ibunya dahulu sebagai hadiah pernikahannya dulu untuk tebusan. Apabila sampai barang yang diutuskan itu kepada Rasulullah, Rasulullah berasa sedih kerana teringatkan kalung itu merupakan pemberian almarhum isterinya yang tercinta kepada anak perempuannya, Zainab. Zainab menghantar kalung itu sebagai tebusan untuk suaminya, kerana Zainab sudah tidak mempunyai harta yang lain. Rasulullah dan para sahabat terdiam, keadaan menjadi pilu mereka tunduk kerana terharu melihat kejadian ini.


Setelah itu, Rasulullah bersabda, “ Jika kamu semua bersetuju membebaskan tawanan yang ditebus oleh Zainab dan mengembalikan harta tebusannya, sila kamu semua lakukan!”. Serentak para sahbat menjawab “ Ya, wahai Rasulullah,” Mereka melepaskan Abul Ash dan mengembalikan kalung itu kepada Zainab. Rasulullah mengambil perjanjian dengan Abul ash yang dia akan melepaskna Zainab kerana dari segi hukum agama Islam, Islam telah menceraikan mereka berdua kerana agama yang berbeza.

Abul Ash pulang ke Mekah dengan selamat, lalu bertemu dengan Zainab. Zainab gembira dan bersyukur suami yang ditunggu selama ini, telah muncul dengan selamat. Namun, Kegembiraan itu tidak lama, kerana Zainab terpaksa berpisah. Abul Ash dengan wajah sedih melepaskan Zainab untuk pulang kepada ayahnya. Zainab terkedu, sedih, kegembiraan yang sekejap diganti dengan kesedihan. Abul Ash berpegang kepada janjinya bersama Rasulullah untuk melepaskan Zainab dan membiarkan Zainab untuk pulang kepada Rasulullah.

Zainab yang ketika itu sedang hamil harus meninggalkan suaminya yang tercinta dengan iringan salam perpisahan suaminya. Walaubagaimanapun, kerana hasad dengki, orang Quraisy sengaja dan beusaha menghalang Zainab dan menegahnya serta menakut-nakutkannya.. Akhirnya, Zainab keguguran. Kedudukan fizikal Zainab yang lemah menyebabkan Zainab terpaksa berpatah semula ke Mekah, untuk memulihkan tenaganya. Sepanjang berada di Mekah, Abul Ash lah yang menjaga beliau sehinnga seihat sepenuhnya.

Pada suatu hari, sedang orang Quraisy tengah lalai, Abul Ash menghantar Zainab agar keluar dengan dikawal saudaranya yang bernama Kinanah bin Rabi’kepada Rasulullah ke Madinah dengan selamat.

Sudah enam tahun Zainab tinggal di Madinah bersama ayahnya. Selama itu jugalah Zainab tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah agar dilapangkan hati Abul Ash untuk menerima Islam.

Pada bulan Jamadilawal tahun ke enam Hijrah, Abul Ash datang dan mengetuk pintu rumah Zainab. Terkejut Zainab dengan kehadiran Abul Ash, dia seolah-olah tidak percaya di hadapannya merupakan suaminya dulu, walaupun begitu Zainab memendam rasa, tetap berpegang teguh kepada akidah yang diimaninya itu. Zainab tetap menyambutnya dengan baik, Abul Ash berkata “ wahai Zainab, saya datang bukan untuk berperang, melainkan aku ini keluar dari Mekah untuk berdagang bersama oang Quraisy yang lain. Dalam perjalanan kami bertemu dengan pasukan ayahmu, semua nya seramai 170 orang di bawah pimpinan Zaid bin Harithah. Mereka berjaya merampas barangan kami dan saya berjaya melolskan bediri, lalu datang ke sini untuk untuk meminta perlindungan darimu”

Zainab menjawab dengan perasaan terharu dan lembut “ selamat datang, wahai anak ibu saudaraku!selamat datang wahai ayah Ali dan Umamah!”, Ketika Rasulullah selesai melaksanakan solat subuh, Zainab bangkit dan berkata dengan suara yang lantang “ aku telah memberikan perlindungan kepada Abul Ash bin Ar-rabi’” .Rasulullah bersabda” adakah kamu mendengar apa yang aku dengar ? “ “ya, wahai Rasulullah” Beliau bersabda lagi “ Demi Allah yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaa Nya, aku benar-benar tidak mengetahui apa yang telah terjadi sebelum aku mendengar sebagaiaman yang kamu semua dengar. Orang mukmin itu adalah penolong bagi yang dan melindungi orang yang lemah dan kita dahulu telah bersepakat untuk meberikan perlindungan kepada orang yang diberi perlindungan oleh Zainab.”

Setelah itu, nabi Allah, pergi bertemu dengan anaknya itu dan bersabda, “ berilah layanan yang sebaik-baiknya dan kamu terus harus berhati-hati agar dia tidak menyentuhmu, sebab kamu tidak halal lagi baginya.” Zainab mengerti. Zainab memohon kepada ayahnya agar memulangkan semula barangan Abul Ash yang dirampas oleh orang muslim. Mereka memulangkannya kepada Abul ash tanpa mengurangkan seidikit pun.

Seterusnya, Abul Ash pulang ke Mekah, dan  mengembalikan barang-barang dagangan tesebut kepada pemiliknya. Kemudian dia berseru dengan lantang “Wahai orang Quraisy, apakah ada di kalangan kamu semua yang masih belum menerima kembali hartanya? “ mereka menjawab “ tidak, mudah-mudahan Allah membalasmu dengan balasan yang baik. Sungguh kami mendapati kamu sebagai seorang yang menepati amanaht lagi mulia “.

Ketika itu juga dia berkata, “ Muali ketika ini, aku bersaksi bahawa tiadak ada tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Nya. Demi Allah, tidak ada alasan lain yang menghalangku untuk memeluk Islam ketika aku diMadinah kelmarin kerana aku khuatir jika dengan keislamanku itu kamu semua beranggapan bahawa aku hanyalah ingin mengembalikan harta kamu semua. Oleh iu ketika ini setelah Allah mengembalikan harta kamu semua dan aku telah menyelesaikan urusanku, maka aku umumkan bahwa aku telah memeluk Islam”





Doa Zainab dimakbulkan~

Abul Ah kemudian berangkat ke Madinah untuk bertemu dengan Muhammad untuk menyatakan keislamannya sekaligus berhijrah sebagai seorang muslim. Sesampainya di Madinah , Rasulullah mengembalikan Zainab kepadanya sehingga mereka boleh bersatu kembali. Jika dahulu, mereka dsatukan atas dasar cinta dan sayang, tetapi kini mereka disatukan atas dasar akidah yang sama yang tidak boleh dipisahkan dengan apa pun.. SubhanaAllah,hebatnya perancangan Allah.

Perpisahan buat Zainab dan Abul ash~

Mereka hidup dengan bahagia. Setelah lebih satu tahun, perpisahan yang sebenar,benar-benar berlaku antara Zainab dan Abul Ash, Zainab meninggal dunia  pada pertengahan tahun ke-8 Hijriah akibat penyakit kurang darah yang sudah dideritainya sejak dia berangkat berhijrah. Abul Ash sedih dan menangisi kematian isterinya yang tercinta, begitu juga dengan orang di sekelilingnya kerana terharu kerana pemergian Zainab.

Rasulullah s.a.w datang dalam keadaan bersedih dan menyampaikan kepada wanita-wanita yang memandikan jenazah Zainab “ mandikanlahdia dengan bilangan ganjil, 3 kali atau 5 kali dan pada bilasan terakhir campurkanlah dengan kapur barus atau sesuatu yang serupa dengan kapur barus. Seterusnya, beritahu kepadaku jika kamu semua telah selesai memanddikannay”. Setelah selesai memandikannya, Rasulullah bersabda “ pakaikanlah kain ini pada jenazahnya”.

Semoga Allah mencucuri rahmat buat puteri Rasulullah yang tabah dalam perjalanan hidupnya dan memberikan sebaik-baik balasan atas kesabaran, perjuangan, kepayahan dan keperitan yang dialami oleh ibu kepada Ali dan Umamah ini.. amin…..

Friday, 14 September 2012

Keluarga Sakinah

Bismillahirahmanirahim,,

Alhamdulillah berpeluang lagi untuk menulis di blog yang tak seberapa ini sementara diberi kelapangan waktu..

Apa khabar iman hari ini?
Untuk hari ini, ada kita mengingati Allah?
Mengucapkan syukur kepada Nya yang banyak memberikan segala nikmat kepada kita ?
Untuk hari ini ada kita mengingati Rasul Allah?
Mengungkapkan selawat kepada baginda..?
Selawat dan sejahtera ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda..
Ayuh, sama-sama kita lakukan..

Kali ini saya terpanggil mahu berbicara mengenai KELUARGA ..keluarga sakinah..insyaAllah,amin..

MY FAMILY....

bukan mahu berbicara mengenai asal usul keluarga saya, tidak..
cuba kita berfikir sejenak..
adakah kita gembira dengan keluarga kita sekarang?
adakah kita menghargai mereka ?



saya terfikir, dan selalu memikirkannya..
bila kita makin dewasa,kita yang sekarang ini sedang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan anak, 
adakah lagi waktu yang terluang yang panjang untuk bersama dengan ibu bapa kita, dan adik beradik kita?
Ketika kecil dahulu, pernah kita bergaduh dengan abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak.. 
Saat itu,kita merasakan mereka lah makhluk yang paling dibenci oleh kita..
Tapi sekarang, bila saat kita berjauhan dengan mereka, masing-masing menggalas amanah yang dipikul, saat yang paling kita benci pada waktu dulu, saat yang paling manis apabila dikenangkan..
Sungguh, aku merinduinya...

Dimarahi oleh emak kerana bermain lumpur dengan abang dan adik, 
dimarahi kerana memasuki hutan tanpa pengetahuan emak dan ayah,
dimarahi kerana bermain hujan,
dimarahi kerana kenakalan kami,
itu semua kenangan yang paling berharga...
Kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk dikenang..
kami coretkan kenangan ketika waktu kecil dengan pengalaman yang berharga..

No wonder, emak dan ayah selalu berbicara mengenai zaman kecil mereka, 
saya tahu, mereka juga merinduinya..

dan saya rasa, anda semua sekarang ini, sangat menghargai masa-masa bersama keluarga bukan..?
bagi saya, waktu yang paling indah,
apabila satu keluarga berkumpul, berkongsi cerita, bergurau senda, dan sama-sama mengingati dalam ibadah.. :) :) :)

Bila abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, masing- masing makin dewasa, kita lebih menghargai mereka..

Masa-masa yang ada, luangkanlah bersama keluarga..
cuba fikirkan, bila lagi masa yang panjang dan lama untuk kita bersama keluarga?
saya fikir, hanya waktu kita bersekolah sahaja waktu yang paling lama kita bersama dengan keluarga..
Apabila kita berada di universiti, kita hanya dapatkan luang masa bersama keluarga hanya sekejap,paling lama 3 bulan..
selepas habis stadi, kita akan bekerja,silap-silap dapat berjumpa dengan keluarga hanya apabila cuti raya..
selepas itu, kita sendiri akan mempunyai keluarga sendiri, masa untuk meluangkan bersama keluarga dulu, makin terhad.. 
Sebab itulah, bagi saya, masa yang ada sekarang ini, hargailah...
Hormatilah ahli keluarga kita, selalu lah bertanya khabar..
kerna ku tahu, kita semua merindui mereka semua..

post kali ini hanya perkongsian mengenai keluarga..
meluahkan apa yang dirasai untuk sama-sama berkongsi..



:) :)

Wasalam..





Alam Misteri..

Bismillahirahmanirahim..

terpanggil untuk berkongsi cerita berdasarkan pengalaman seorang sahabat..
entry kali ini ,agak lain dari yang lain..
mungkin kita tidak menjangka benda-benda ini tidak akan berlaku pada kita yang bergelar student..
tapi, sebenarnya, kita tidak terkecuali untuk kena perkara-perkara yang ghaib ini..

santau, disihir, dan sebagainya, itu yang boleh berlaku kepada kita tanpa disedari atau pun ketika sedar..
Mudah untuk kita kenali, tanda-tanda orang yang terkena sihir,santau dan seumpama dengannya..
berdasarkan pengalaman sahabat, saya kongsikan tanda-tandanya..



tanda-tanda :

* mimpi ada orang serah bayi, atau mimpi bayi
*mimpi jatuh dari tempat tinggi, terbang
*mimpi berada di tempat yang kotor
*mimpi dipatuk ular (tanda sihir sudah masuk ke dalam badan )
*mimpi paderi, atau sami
*mimpi makhluk yang menakutkan
*lenguh-lenguh badan, belakang
*sukar tidur, jika boleh tidur hanya setelah bersusah payah atau memaksa diri untuk tidur
*gigi berlaga ketika tidur
*bertambah tension, jika sudah dalam keadaan tension
*muka pucat, lemah, tidak bermaya
*bertambah sedih, jika sudah dalam keadaan sedih
*badan gatal-gatal, merah (kemungkinan santau)

sumber-sumber ini saya dapati daripada sahabat saya yang berjumpa ustaz yang pakar dalam perubatan Islam..



*sedikit perkongsian di sini dari sahabat.. dalam rawatan perubatan Islam, haram jika rawatan dilakukan di tempat yang tertutup, iaitu hanya perawat dan pesakit sahaja. Rawatan perlu dijalankan di tempat terbuka untuk mengelakkan fitnah, dan keadaan pesakit harus menutup aurat dan ahli keluarga perlu ada disekeliling..


Jangan ambil remeh dalam hal ini, sentiasalah kita istiqamah dalam beribadah..
sentiasalah berzikir, mengaji, solat dan berdoa kepada Allah minta dijauhkan..
jangan leka dan lalai dengan hiburan, istirgfar sentiasa..
jangan ingat kita terkecuali dari benda-benda ini, sentiasa lah kita berjaga..
sentiasa membaca doa sebelum minum atau makan untuk mengelak dari terkena yang tidak elok..

Tapi ingatlah, tiada kuasa yang bleh ditandingi melainkan kuasa Allah..

surah-surah yang boleh diamalkan :
surah al a'araf : ayat 117-120
surah al fatihah : ayat 4
surah al anfal : ayat 31-50
banyak lagi ayat al quran yang boleh diamalkan..

ok,
wallahualam.. :)


Monday, 6 August 2012

Karya Dari Seorang Sahabat Untuk Sahabat

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah, I've found and realize many things by this poem..
 This poem is created by my lovely sahabat..
Thank u, for give such a great poem and advise to us..

*sayang kamu kerana Allah! :) :)


  • Wahai hati..
     gerangan siapakah yang ada di dalam mu
  • ALLAH atau selain dari itu?

  • wahai hati..
  • ketahuilah ronggamu hanya muat untuk satu nama
  • cinta itu ada kalanya bisa menguatkan
  • adakalanya bisa membunuh.

  • wahai hati..
  • kadang kala cinta itu mampu membuatkanmu lupa pada perjalananmu
  • perjalanan ini hnya sebuah pelayaran
  • suatu ketika nanti kita pasti pulang ke pengkalan
  • yaa...cinta itu godaan dunia
  • cinta itu juga buat aku hampir tersungkur suatu tika dulu
  • tapi kerana cinta itu juga buat aku mengerti
  • rupanya pencipta ku rindu padaku..
  • DIA temukan aku dengan insan-insan
  • untuk aku kenal dan cinta padaNYA

  • wahai hati..
  • bila kau diuji dengan cinta manusia
  • lihatlah seluasnya ke jauh sudut hatimu
  • masih wujudkah ruang untuk Penciptamu
  • Penciptamu rindu kepadamu..
  • suatu tika dulu kau begitu telus dgn cintaNYA
  • tapi kini DIA mengujimu..
  • apa benar cinta yg kau lafazkan dulu
  • tulus hanya untukNYA??

  • wahai hati..
    hanya kau yang mampu menjawabnya
  • adakah cinta dulu tulus untukNYA?

  • dan hanya satu pesan ku..
  • jgalah hatimu hanya untuk ALLAH
  • kerna kau kan temui cinta yang benar-benar tulus pada mu

  • dan ingatlah pertemuan dengan Penciptamu suatu ketika nanti
  • sungguh sebalik semua ini yakinlah
  • ALLAH rindukan kamu...
  • DIA mahu mendengar lafaz cinta yg dulu kau ucapkan padaNYA..
    .........TAMAT.........



    *edit sikit dari yang original..but still x ubah makna yang asal.. :)

    muhasabah diri..~

Thursday, 19 July 2012

Friday, 22 June 2012

Aku pernah merasai mati..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

sekian lama tak menulis di blog disebabkan kesibukan di kolej (sibuk lah sangat), insyaAllah, kali ini saya hadir untuk menulis dan berkongsi pengalaman mati..

YA!! MATI...



Firman Allah bermaksud: “Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan.” (Surah Ali Imran, ayat 145).
saya pernah merasai pengalaman mati..bukan kesakitan untuk mati, tapi keadaan  kita setelah mati...sediakah kita?? adakah cukup amalan kita selama ini untuk menjawab soalan-soalan malaikat nanti di dalam kubur? mampukah kita menjawab soalan-soalan yang akan diajukan oleh malaikat, makhluk Allah yang taat akan suruhanNya dengan amalan-amalan kita di dunia?? muhasabah diri..arstarghfirullah...

pengalaman ini saya perolehi ketika zaman persekolahan saya, ketika itu saya masih di tingkatan lima. pihak sekolah mengadakan kem dengan kerjasama sebuah jemaah..harap dapat memberi manfaat pada semua yang membaca..insyaAllah..

pada malam itu pukul 12 malam,di dalam dewan, saya dan kawan-kawan saya yang lain diberikan sepotong kain untuk ditutup mata kami..

saya ditarik dan terus memegang tangan kakak fasi ke sesuatu tempat..ketika itu suasana sunyi... tiba-tiba ada satu suara yang bersuara, dialognya menggambarkan seolah-olah kita yang sedang bercakap..

"aaaa(menguap).. lamenye aku tido..dh pukul brape ni..mane semua orang?? (melihat ke tingkap) eh ramainya orang datang ..kenape? ade kenduri ke ape ni?? tapi semua datang ke rumah aku... (pelik,berjalan keluar dari bilik dengan keadaan yang masih mamai) eh,mak long! pak long! sume ade kt rumah ???? ade ape sbnrnye ni?? mane mak?? mane ayah??" "bismillaharmanirahim.. yaasiinn.. walqurannilhakim........"  "kenapa siap baca surah yassin ni?? huh!!!!! siapa yang berada di atas lantai tu??"(sebujur mayat kaku di hadapan) "siapa yang meninggal??takkan mak??maak.... mane ayah?? takkan ayah??ayaahh!!"monolog dalam diri..  "anakku, ajalmu sampai dulu dari mak.. mak maafkan segala kesalahanmu.mak tak sangka kamu akan pergi dulu nak.."(sambil menangis teresak-esak di tepi mayat diekelilingi sanak saudara..)

alhamdulillah, mak masih ade, ayah pun ade di tepi mak..habis tu siapa yang meninggal ni?? takkan abang???!!!" atau kakak???!!!


mak menyelak kain yang menutup mayat di hadapan...

dup..dap..dup..dap...(kain diselak)


AKUUUU????? AKUUU YANG MATI???????!!!


MASHAALLAH!!!!


YA ALLAH!!!AMPUNI AKU !!! AKU TAK NAK MATI LAGI!!!
AKU TAK MATI!! AKU TAK MATI! AKU TAK MATI!!!
ITU BUKAN AKU!!!

MAK!!! SAYA TAK MATI LAGI!!! SAYA ADE KAT SINI!!
AYAH!!! SAYA TAK MATI LAGI!!! SAYA ADA KAT SINI!!!
MAK!! AYAH!!!!

"marilah,kite mandikan dulu mayat ini", "baiklah".
"angkat baik2"..  "JANGAN ANGKAT AKU!! AKU BELUM MATI LAGI!! AKU TAK NAK DIMANDIKAN.......YA ALLAH!!!!!!!"

"KAT MANE KORANG NAK BAWAK AKU NI???"
"baringkan mayat tu.. letak perlahan..jirus perlahan-lahan air tu, ratakan atas tubuh si mati"

"AHHH!!! SEJUKNYEE!! YA ALLAH!! AMPUNI AKU YA ALLAH!!
AKU BELUM MATI LAGI YA ALLAH!!"

*tiba-tiba ketika saya duduk sambil mendengar dialog-dialog itu, dititik ke atas saya bau-bauan yang dipakai ke atas mayat..air kapur barus?

"YA ALLAH!! APE NI??BAU APE NI??? NI BAU MAYAT!!

AKU X NAK MATI.....!!!" menangis teresak-esak..Di hati,tiada siapa yang dapat menduga,betapa kencangnya jantung ini menghadapi situasi ini.. air mata mengalir tanpa henti...mulut tidak henti-henti memohon ampun dari Allah..

"baiklah,mari kita kafankan si mati..bawak kain,kapas ke mari.."

"ADUH..... KETATNYA IKATAN DI BADAN KU INI...JANGAN GERAKKAN BADAN AKU,SAKITNYA..."

"mane ayah si mati?"
"ye,saya.."
"elok la kite solatkan mayat ni"
"baiklah, tuan haji.."

*bacaan dalam solat jenazah diperdengarkan... berdegup kencang hati ini mendengar.. dengan takbir yang diangkat 4 kali... ya Allah... menakutkan.....!!aku disembahyangkan???!! aku dah mati!!!

YA ALLAH!!AMPUNI AKU!!
HIDUPKAN LA AKU KEMBALI!!!TOLONGLAH YA ALLAH!!!

"kubur dah siap digali di tanah perkuburan?"
"dah tuan haji"
"kalau macam tu marilah, kite kebumikan"

"anakku... semoga Allah mencucuri rohmu..."(kata mak sambil menangis teresak-esak)

MAK!! SAYA TAK NAK PERGI KE KUBUR!!! SAYA TAK NAK!!!
SAYA TAK NAK MATI.....

*air mata sudah kering.. sungguh..saya tidak menipu, keadaan itu sangat menggerunkan jika anda semua dapat membayangkannya...bayangkan,anda menjerit meminta tolong,tetapi anda tidak dapt berbuat apa-apa. tiada siapa yang mendengar walaupun mereka berada di sekeliling kita..

mayat diusung dalam keranda.. dihantar ke kubur..

AHH..!!!GELAPNYA DI DALAM NI..BUKA KERANDA NI!! AKU TAKUT!! AKU TAKUT YA ALLAH!!! MAK!! AYAH!! MAKLONG!! PAK LONG!! DENGARLAH SAYA!! TOLONG SAYA!!


TOLONG!!JANGAN BAWA AKU KE KUBUR..AKU X NAK MASUK KUBUR!!AKU XNAK....!!
HIDUPKAN LAH AKU KEMBALI YA ALLAH..HIDUPKAN LA AKU...(menangis teresak-esak sampai x mampu nak bernafas)

"letak baik-baik mayat tu.. "
"ye,pegang bahu dan kepala tu..baik2.."

JANGAN PEGANG AKU!! APA YANG KORANG BUAT NI??!!!
AKU TAK NAK MASUK DALAM NI !!
KELUARKAN AKU!!! MAK!!!!AYAH!!!

"kambuskan baik-baik tanah tu.."

AAH!! JANGAN KAMBUS AKU DENGAN TANAH!!

JAAAANNNGGGAAANNN!!!!!!!!!

"pastikan tanah tu mampat elok2"

*tallqiin dibacakan...sejurus kemudian,orang ramai mula beredar..

MAK!! AYAH!! JANGAN PEGI!!
JANGAN TINGGALKAN SAYA DI SINI!!

keadaan menjadi sunyi dengan tiada cahaya satu pun,gelap yang amat..
tiba-tiba kedengaran bunyi angin yang sangat kuat.....
suara garau yang amat kuat bersuara..

WOOOOOOOOII!!!!!!
MAROBBUKA??????

diriku terkejut..dan terkelu... tidak dapt menjawab...

dipukulnya aku...mashaAllah,sakitnya kesakitan itu boleh digambarkan apabila terdengar seolah-olah malaikat memukul ku dengan pukulan yang amat kuat,ku dapat bayangkan, badanku hancur teruk,tulangku patah,sakit ya Allah...apa tidaknya,bayangkan bunyi setiap kali pukulan,sangat kuat...mana mungkin manusia mampu menangungi..


ADDUUHH!!!!! SAKITNYA!!!! AMPUN!!!

MAAROBBUKA??????

AKU TIDAK TAHU........

PANG!!!


AAAAARRRHHH!!!! SAKIT...!!SAKIT..!!!!! AMPUN AKU YA ALLAH!!!
AMPUNI AKU !!!!

MAROBBUKA??!!!

AKU TIDAK TAHU.........menagis teresak-esak..kering air mata.. nafas tercungap-cungap..laju nafasku..

PANG!!

ADUH!!! SAKIT NYA YA ALLAH!!!
ALLAHUAKHBAR!! AMPUNI AKU...!!!

*menangis teresak-esak sehingga tidak dapat aku bernafas dengan baik.. suasana sunyi...suram...
aku mengharapkan,tidak akan ada lagi pertanyaan....

bunyi angin yang kuat datang lagi....
hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya aku ketika itu..

WOOOOOOIIIIIIII!!!!!!
 suara itu datang lagi..
3 kali pertanyaan mengenai siapa nabi kamu??
3 kali itu juga aku tidak mampu menjawab..
sakitnya tidak terperi...


berulang-ulang kali malaikat itu datang bertanya..
ketika itu juga, aku merasa ketakutan yang amat sangat....

setelah disiksa,suasana kembali sunyi..
gelap...
tiada apa-apa..

tiba-tiba...

APA TU??(dalam keadaan kesakitan selepas disiksa)

YA ALLAH!!!
BURUKNYA!!!
APE INI???
MAHKLUK APE NI???
JAUHKAN DARI AKU!!
JAUHKAN!!!

"aku adalah amalanmu, sewaktu engkau hidup,engkau telah berbanak buat dosa..
setelah engkau mati, engkau ,akan ku temani sehingga ke hari akhirat...
aku akan sentiasa di sisi engkau.."

YA ALLAH!!
AMPUNI AKU!!
BURUKNYA...!!
BUSUKNYA!!!
KEMBALIKAN AKU KE DUNIA!!
AKU NAK BERTAUBAT YA ALLAH!!
AMPUNI AKU !!
MAK!! AYAH!!
TOLONG AKU!!!!

* suasana sunyi...
gelap kembali..
tiba-tiba suara alunan zikir dimainkan...
fasi memberitahu..
alhamdulillah,kita masih diberi kesempatan untuk bertaubat..ayuh,bangunlah, berjalan lah ke arah laungan azan..
ketika itu,mata saya masih ditutup, saya bangun dan mengikut suara itu dari arah azan dilaungkan..
setibanya, saya diarah duduk,dan membuka penutup mata..
satu lagi kejutan dan debaran yang diterima..
betul-betul di hadapan saya ,ada sebuah kubur..


betul-betul tersentuh jiwa ini..
betapa syukur dan mahu bersujud kepada Allah,kerana membenarkan aku untuk hidup dan bertaubat kepadaNya..

mashaAllah...

andainya saat itu aku mati..
adakah aku menerima nasib yang sama yang aku alami..
nauzubillah!!
menakutkan..


pengalaman ini amat saya hargai..menjadi satu peringatan buat diri ini untuk sentiasa dijadikan pedoman dalam hidup..insyaAllah..

terima kasih Ya Allah kerana masih membenarkan aku untuk bertaubat kepada Mu...

wasalam...