Wahai Tuhanku yang berkuasa mengubah gerakan hati, tetapkanlah hatiku agar sentiasa (berpegang teguh) dalam agama MU..

Sunday, 26 February 2012

Ku serahkan segalanya kepada Mu..

Bismillahirahmanirahim..



Ya Allah ku serahkan segalanya kepada Mu..
Engkau Yang Maha Mengetahui..
Engkau Yang Maha berkuasa..
Berikanlah petunjuk kepadaku..
Redhailah apa yang berlaku..
Tabahkanlah hatiku Ya Allah,
Kuatkanlah aku Ya Allah,
Ku mohon kekuatan dariMu,
Jauhkanlah aku dari perkara yang melalaikan,
Tetapkanlah pilihan dan pendirianku..
Engkau lah yang selayaknya disembah dan tempat bagi meminta pertolongan..
amin..

Aku Mahu Berubah..

Bismillahirahmanirahim..

akhir-akhir ini, ramai yang bertanya, macam mana mahu berubah?? macam mana orang tu boleh berubah? boleh tak bagi nasihat dan "guard:" saya supaya tak lalai?? hmm..soalan-soalan begini sukar dijawab,tapi insyaAllah sesiapa yang digerakkan hatinya untuk berubah, atau berhijrah, sahut lah dengan segera,khuatir Allah akan menarik semula nikmat hidayah itu, dan lagi khuatir apabila Allah tidak lagi mencampakkan hidayah ke dalam hati-hati kita..nauzubillah.. Apabila disapa oleh Allah, yakinlah dan teruskan berhijrah..

 Hijrah diri..

Apa itu Hijrah??
Hijrah (هِجْرَة), maksudnya perpindahan..

saya lebih suka fahamkan diri saya makna hijrah itu adalah perubahan dari keburukan kepada kebaikan..



Ramai yang mahu berubah. Berubah dari segi apa? SEMUA! pakaian, perangai,pergaulan, dan terutama ibadah kepada Allah..

sedikit perkongsian ..

Mungkin saudara dan saudari banyak kali mendengar cerita ini, tapi suka saya ceritakan semula untuk memberi sokongan kepada saudara dan saudari yang mahu berubah..

Ada seorang sahabat, muslimah.. Zaman sebelum penghijrahan dirinya dia seorang yang lincah,aktif bersukan,mengenakan tudung bawal bidang biasa, bajunya biasa-biasa sahaja,gemar berfesyen juga, pergaulan dengan lelaki dan perempuan biasa(tapi tak ada sampai pegang-pegang tangan),dari sekolah harian biasa, keluarga yang bukannya alim-alim semua..semuanye biase...


Hatinya disapa oleh Allah,ketika memasuki satu permainan di sekolahnya.. Jurulatih bagi permainan itu pula,seorang ustazah. Ustazah tersebut ditugaskan untuk menjadi jurulatih bagi permainan tersebut bagi mewakili sekolah.. Hubungan dia dengan ustazah semakin rapat, ketika berehat, selalu muslimah ini duduk berhampiran dengan ustazah, ustazah selalu bercerita pasal Islam,aurat,bagaimana dia berpakaian seperti ini (menutup aurat dengan sempurna),isu-isu semasa mengenai Islam.Dia makin tertarik,tapi tiada kekuatan untuk meluahkan,mungkin perasaan malu yang menebal..Jauh di sudut hatinya, hatinya menjerit mahu berubah.. Kerana dia tahu,cara berpakaiannya bukanlah sempurna, pakaian yang tidak diredhai oleh Allah,kerana tudung nya yang nipis, bajunya yang mengikut bentuk badan, lengan dan kaki tidak ditutup.Berbagai-bagai persoalan dan jangkaan dalam fikirannya..
"Kalau aku berubah dari segi pakaian aku,mesti ramai yang pelik dan bertanya, dan yang teruknya mesti diejek.. kalau aku berubah mesti keluarga aku pelik? nanti kena perli dengan adik beradik,saudara mara..hmm.."
banyak betul tanggapan yang difikirkan..

Dalam hati dia selalu mahu berubah, suatu hari dia suarakan niatnya itu kepada sahabat baiknya..Allah itu Maha Besar!!! sahabatnya juga mempunyai niat yang sama,mahu berubah,tetapi masing-masing tiada kekuatan. Kini Allah bagi kekuatan kepada mereka,dengan saling memberi sokongan dan dorongan.. 

 "biarlah apa orang nak kata,asal aku buat sesuatu yang betul dan diredhai Allah,Allah adalah kekuatanku".

Pertama kali,muslimah itu mula mengenakan stokin, handsocks,tshirt muslimah labuh,tudung bawalnya dahulu yang disilang di atas bahu diturunkan,dipinkan menutup dada.Cantik.. Seperti yang dijangka ada suara-suara mencemuh..yang paling perit apabila dicemuh oleh keluarga sendiri. Dia hanya mampu menangis,bersabar dan mengadu kepada Allah..
Sebulan berlalu,dia menukar tudungnya dari tudung yang bawal kepada tudung bidang 45 yang tidak nipis.. Sedikit ketenangan dirasai dalam dirinya.. Dicemuh dan ditegur,sudah "terimmune".alah bisa,tegal biasa. 
habis sekolah,muslimah tersebut berpisah dengan sahabat baiknya, kerana masing-masing mengejar cita-cita. Di sebuah institusi, dia rajinkan diri ke surau, berkawan dengan orang-orang yang solehah, rajin mencari bahan-bahan agama, selalu melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan.. Dia merasakan ketenangan dan keseronokan melakukan semua itu. 
Di sana, dia berpakaian tudung labuh, baju labuh,menutup kaki,dan lengan.Sempurna pemakaiannya. Pemakaiannya bukannya atas dasar mahu dilihat orang,tapi keselesaan bagi dirinya dan yang paling utama mengikut kehendak syarak. Dia kini mendapat ketenangan..Selalu juga dia menelefon ustazah di sekolahnya dulu,bertanya khabar.. Ustazahnya itu tahu akan perubahannya,dan turut memberi sokongan.


Pergaulannya dijaga, kalau dulu boleh bergelak ketawa semeja dengan rakan-rakan kelas lelaki dan perempuan, tetapi apabila di sana,usahkan duduk semeja dengan lelaki, nak berbual panjang pun segan. Dia mahu menjaga pergaulannya dengan baik,tidak mahu apa yang dilakukan dalam kehidupannya dimurkai oleh Allah..
Di sana dia mendapat sahabat-sahabat yang baik semuanya, mereka selalu memberi sokongan kepada dia dan membantunya. Mereka selalu belajar bersama,solat berjemaah bersama, usrah bersama,makan bersama. Manisnya ikatan dijalin..muslimah itu baru mengerti erti ukhuwah.. Indahnya berukhuwah kerana Allah..

Setahun berlalu, muslimah itu bakal melangkah ke alam unversiti..Alam yang lebih mencabar bagi dirinya. Baginya, dia perlu kuat untuk istiqamah dalam penghijrahan ini, kerana tiada lagi sahabat-sahabat yang akan bersama dengannya. Sedih berpisah dengan sahabat-sahabat,tetapi dikuatkan hati kerana pertemuan dan perpisahan ini kerana Allah.

 Keluarga dan rakan-rakannya sudah dapat menerima perubahannya, bukan atas perubahan dirinya saja yang berlaku,bahkan keluarganya. Mereka menerima perubahannya ,malah turut menegurnya kalau apa yang dilakukan salah.. 

Kini,muslimah tersebut berada di universiti. Dia tidak berseorangan,kerana dalam hatinya ,Allah sentiasa bersama dengannya. Di sana, dia masih lagi melibatkan diri dalam sukan, tetapi dengan imej yang baru. Pakaian sukan yang menutup aurat, lebih selesa.
Alhamdulillah,dia masih istiqamah terhadap perubahannya.

Kalau melihat cerita ini,muslimah itu tidak membuat perubahan secara mendadak,tetapi berturutan. Dicemuh,diejek, itu semua adalah ujian dari Allah.. Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya di luar kemampuannya.. Hamba-hamba yang diuji oleh Allah tanda Allah sayang kepada nya.. Kesabaran amat penting dan selalu  yakin terhadap Allah.. Selalu lah bersangka baik terhadap Allah,kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.. Berani kan diri untuk mendalami ilmu agama, usah segan untuk mencari ilmu Allah, tapi seganlah dalam mencari sesuatu yang berunsurkan maksiat yang dibenci Allah..Beranikan diri untuk berubah, carilah seseorang yang dapat membantu kita dan menyokong kita(perempuan cari yang perempuan,lelaki cari yang lelaki), tetapi peranan diri sendiri lebih penting, kerana jika ada yang sanggup membantunya tetapi dirinya sendiri tidak mahu melakukan perubahan dengan bersungguh-sungguh, sia-sia semuanya.. Tindakan diri sendiri untuk berubah adalah lebih penting, dan yakinlah dengan tindakan kita ini yang selalu diredhai oleh Allah..insyaAllah..

wallahualam...

Wednesday, 28 September 2011

Hamba Yang Lalai...


Ya Allah kenapa aku selalu mengeluh??
kenapa aku perlu sentiasa mengeluh pada setiap masa?/
Ya Allah,banyaknya dosaku..
Sesungguhnya apa yang engkau timpakan kepada aku di tempat ini adalah untuk menguji kesabaran,ketabahan aku..
Tapi kenapa aku perlu mengeluh??
seolah-olah aku tidak memikirkan akan Engkau ketika aku mengeluh..
Sesungguhnya,tiap-tiap yang berlaku adalah dari MU..
Jika aku sabar,redha dan TIDAK MENGELUH, ganjaran pahala menantiku..dan dosa dihapuskan..
TAPI,aku selalu mengeluh,bagaimana Allah mahu kurniakan pahala,rasa ketenangan dalam diri,jika aku selalu mengeluh??
Ya ALLAH..
Ampunkanlah aku..terimalah aku sebagai hamba MU..
jauhkanlah aku daripada banyak mengeluh...
mengeluh seolah-olah mempertikaikan apa yang Kau timpakan kepada hamba-hambaMu..
seolah-olah tidak menerima dan tidak suka ujian yang Kau berikan kepadaku...
Mengeluh juga dikira syirik kecil..

ARSTARGFIRULLAHALA'ZIIMM...

kenapa aku semakin hari lupa kepada MU??
kenapa aku semakin hari tidak selalu menyebut nama MU??
YA AAALLLAAAHHH!!! AKU RINDU PADA MU!!
janganLAH JAUHKAN AKU DARIMU......
Berikan lah nikmat kemanisan iman kepadaku...aku mohon Ya Allah...

Janganlah aku selalu merungut..
ingatlah,segala apa yang berlaku,adalah kehendak dari Allah..
kenapa Allah lakukan seperti itu??
kerana Allah ingin menguji hamba NYa..
hambaNya yang diuji adalah tanda Allah sayang akan hambaNYa..
dengan syarat kalau untuk disayangi oleh Allah,, aku perlu sabar,tabah menghadapinya..
kehidupan di sini banyak cabarannya..
banyak maksiat yang berlaku di sekeliling..
aku perlu kuat untuk hadapi semua tu..
Aku perlu kuat untuk berdakwah..
perlu kuat untuk mencari ilmu..
perlu kuat untuk berdepan dengan orang sekeliling,yang kadang-kadang lain perangainya.
dan kadang-kadang lain cara pakaiannya..

 Ya Allah peliharakanlah aku..
peliharakanlah aku dari melakukan maksiat..
Jauhkanlah...

amin..

Yang merintih,
"athirah"
HambaMU yang lemah dan yang merinduiMu,,

Thursday, 18 August 2011

Dapatkan Bonus Di Bulan Ramadhan!! Jangan Lepaskan Peluang Ini!! (terma &syarat *hati kena ikhlas)

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Kekasih untuk berkongsi "Bonus Hebat Ini Di Bulan Ramadhan".





JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENDAPAT GANJARAN YANG ALLAH JANJIKAN!!

Jika anda seorang yang sangat suka dan tidak pernah 'miss' solat TARAWIH, lakukan lah dengan istiqamah sehingga berakhirnya Ramadhan, kerana ganjaran yang BESAR menanti anda setiap kali anda melakukan solat sunat tarawih...

BONUSNYA:

Malam 1
-Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaanya baru dilahirkan.

Malam 2
-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

Malam 3
-Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam 4
-Orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam itu.

Malam 7
-seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi MUsa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
-Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada nabi Ibrahim a.s.

Malam 9
-Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dilaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w

Malam10
-Allah S.W.T mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam 11
-Ia meningggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam 12
-Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam 13
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam 14
-Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka solat bertarawih serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan mereka.

Malam 15
-Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakan nya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
-Allah S.W.T menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga.

Malam 17
-Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam 18
-Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganMu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal )

Malam 19
-Allah S.W.T akan meninggikan darjat nya di dalam syurga Firdausi.

Malam 20
-Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.


Malam 21
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam 22
-Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam 23
-Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam 24
-Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mngerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
-Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam 26
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam 27
- Allah S.W.T  akan mengurniakan kepadanya kemudahan unutk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam 28
-Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam 29
-Allah S.W.T akan mengurniakn kepadanya pahala seribu haji yagn mabrur.

Malam 30
-Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya (yang bermaksud) :Wahai hambaKu!makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar.

(imej ini hanya lah hiasan semata-mata)



WALLAHUALAM..

JADI! TUNGGU APA LAGI???DAPATKAN BONUS INI DENGAN SEGERA!
*BONUS INI BERMULA DARI 1 RAMADHAN HINGGA 30 RAMADHAN SHJ.HARAP MAKLUM.






Sekian,Assalamualaikum!! :))

Bumi Syria.


Indahnya bumi Syria,sangat ingin mengetahui keadaan,dan suasana negara ini.



Kota Damsyik....




di Damsyik lagi..


Damsyik diselimuti salji...(^^)




SUBHANALLAH!! indahnya....



Hebat rumah Allah,cantik!!!





Waaahhhh... :D





mana ek tempat ni??-_-""yang pasti kat syria...


Bumi syria menarik minatku setelah membaca novel Syabab Musafir Kasih  yang ditulis oleh Fatimah Syarha. Best dan menarik hati, langsung punyai hasrat ke sebuah negara Islam itu.InsyaAllah,kalau diizinkan dan dimurahkan rezeki oleh Kekasih. Takut-takut ajal datang dulu,tak sempat nak musafir ke sana.Allah Maha Mengetahui.. :))








Salam Ramadhan..Assalamualaikum..:)

Wednesday, 17 August 2011

Bersedekah Menjadikan Kita Kaya??

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,,
Masih lagi diberi peluang untuk menulis di blog ini,nikmat kesihatan,kehidupan yang Allah beri dimanfaatkan dengan sebaiknya,InsyaAllah..


Baik.kali ini saya ingin berkongsi dengan Tuan-Tuan,Puan-Puan,Encik,Cik,kakak-kakak,abang-abang,adik-adik semua mengenai SEDEKAH..


Apa itu SEDEKAH??



Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arabصدقة‎) yang bermaksud benar.
Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fisabilillah.

Allah menuntut kita untuk bersedekah,ini dapat dibuktikan melalui fimanNya, :
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.(Surah An-Nisaa’ : ayat 114) [2]


TETAPI ramai orang beranggapan,kalau bersedekah harta,wang akan berkurang..hmm..MashaAllah,salah kefahaman itu.


“Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)”






Ada suatu kisah: Sebaik pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"
.
Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman al-Farisi sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk anak kita Hassan dan Husain."
Saidina Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Saidina Ali keluar lagi bagi membeli makanan.
Di tengah jalan, Saidina Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?"
Tanpa berfikir panjang, saidina Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.
Saidina Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"
"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah.
Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu."
Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."
Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang."
"Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu.
"Berapa harganya?" tanya Ali, menunjukkan minat.
"Tidak mahal, 100 dirham sahaja," jawab Badwi itu.
"Baiklah, saya beli," kata Saidina Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.
Baru beberapa langkah Saidina Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?"
"Ya," jawab Saidina Ali.
"Berapa?" Tanya Badwi itu.
"300 dirham," jawab Ali.
"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali.
Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?"
"Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab saidina Ali.
Seterusnya, Saidina Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Saidina Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"
"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kataSaidina Ali.
"Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?"
Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.
"Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail."
Setiap satu benda yang kita sedekahkan, Allah akan membalas semula sebanyak gandaan 10. 1x10=10.
TAK PERCAYA??saya sendiri pernah alami,TERNYATA JANJI ALLAH adalah BENAR.



Kisahnya begini,pada suatu tengahari,saya ke bandar untuk membuat urusan di bank,setibanya di hadapan bank,ada seorang budak yang umurnya lebih kurang dalm darjah enan atau tingkatan satu,dia datang menghampiri saya,"kak,ada duit tak?boleh tak bagi kat saya sikit,sehari suntuk saya tak makan ,basikal saya rosak,rumah jauh,tak larat nak berjalan," Dalam fikiran saya takut-takut juga budak ini ada kaitan dengan sindiket haram yang menggunakan budak untuk mendapatkan wang,tapi terus sahaja saya teringat akan janji Allah ini dan tuntutan mengenai baikya bersedekah,tanpa berfikir panjang saya memberi wang sejumlah rm5 kepadanya.Tak kisahlah dia menipu atau tak,peluang untuk buat amal dah datang bergolek di depan mata,sahut saja lah.'terima kasih kak"kata adik tadi.
Seminggu kemudian saya pulang ke kampung,saya keluar berjalan-jalan bersama emak sedara,ketika di dalam kereta,kami berbual-bual. Tiba-tiba,emak sedara saya bertanya,'Kekrah ada duit tak belanja?""em,tengah pokai"jawab saya. Terus sahaja dia menghulurkan wang sebanyak rm50. Terus saya teringat akan janji Allah ini,maka benarlah,saya memberi adik itu wang sebanyak rm5 dan Allah membalas kepada saya rm50.5x10=50. ALLAHUAKBAR!! begitu juga hari-hari yang seterunsya,saya bersedekah,ternyata Allah memberi ganjarannya semula kepada kita.Balasan di dunia dapat,di akhirat pun kita dapat,tak rugi bersedekah.InsyaAllah. Ada seorang hamba Allah ini bertanya kepada saya,"macam mane ye nak kaya?" saya menjawab"ha,kita sedekahlah". "larh,kalu bersedekah bagi duit kat orang, kaya apanya,makin berkurang lah duit!" saya tidak berani menjawab apa-apa,kerana dia lebih tua dari saya,dalam hati saya bermonolog sendiri,hm,takkan lah tak tahu,setiap kali kita bersedekah,Allah akan beri semula ganjaran kepada kita,malah berganda lagi..hm...manusia-manusia,tak yakin dengan  janji Allah..

KELEBIHAN BERSEDEKAH:


1)Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )
2)Menolak bala bencana
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
( H.R Al-Baihaqi )
3)  Membersihkan harta.

4) Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat.

5)  Menjauhi diri kita dari bala' dan penyakit.
6) Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang   kaya.

7) Allah akan memberkai harta kita dan menambahkan rezki yang kita tidak sangka-sangka.
8)  Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat.(padang Mahsyar)

9)Sedekah akan meringankan  kiraan hisab nanti.

10)  Sedekah akan menambahkan berat timbangan ( Mizan ) kebaikan kita nanti.
11)  Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti.
12)  Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot.

PENUTUP:Hadis-7

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala. 
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)


Wallahualam.sekian,Assalamualaikum,salam ramadhan.. :)






                                                           SENYUMAN itu juga sedekah  :)



Renungan Bersama..InsyaAllah :)

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah,masih lagi diberi peluang oleh Allah,untuk menikmati kehidupan dunia yang banyak cubaan dan dugaan ini..Dan alhamdulillah juga dapat menulis di blog ini..


Kali ini,saya hanya ingin berkongsi gambar-gambar yang insyaAllah akan memberi manfaat kepada kita semua.Ambil lah sebagai suatu nasihat dan perkongsian unutk ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah. InsyaAllah.. :)
























Sekian sahaja untuk kali ini..Wasalam..Salam Ramadhan ^^