.✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
LELAKI SOLEH DAN WANITA SOLEHAH..SEDANGKAN AKU PULA??
Subhanallah..Alhamdulillah..AllahuAkbar.?.(T__T)
"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajat dan doa kamu."..subhanAllah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..
aku tak tahu adakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bertemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sntiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapat bretemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mengimpikan dirimu menjadi zauji"..amin ya rabbi..
ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati..
(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)
aku yg jahil : Apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?
qolbi : Seseorang yang soleh pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi solehah..
aku yang jahil : MasyaAllah, astaghfirullah...adakah dia masih setia menunggu aku?
qolbi : Segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
aku yang jahil : Astaghfirullah..adakah aku kini masih berpeluang utk menerima lamarannya?
qolbi : Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T setulus hatimu..
aku yang jahil : Astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, adakah aku dapat mempunyai dia yang
soleh sedangkan aku masih jahil dan tidak solehah lagi?
qolbi : Bukan kamu yang memutuskan adakah kamu solehah atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi solehah, bukan menilai tahap solehah kamu..selagi mana kamu memikirkan
adakah aku solehah atau tidak, maka selagi itulah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...
misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, adakah aku boleh mendapatkan Adam yang rajin beramal ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T.
aku yang jahil : SubhanAllah..adakah aku boleh niat di hati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang soleh?
qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui darimu adakah amalanmu itu diterima atau tidak. Tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu padaNya..bukan mempersoalkannya..
aku yang jahil : Astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...
qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamaku..
aku yang jahil : Astaghfirullah..syukru lillah...berikan aku petunjukMu, wahai Pemilik Hakiki jasad dan hati ini...
qolbi : Ya Allah, moga jasad ini seiring dgnku dlm mentaati perintahMu..
wallahu a'lam..
(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)(♥)
.✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
Hatiku ibarat padang pasir yang tandus..punyai hati yang sungguh gersang dari cintaNYA..cukup untuk aku merasa begitu jauh dari kasihNYA. Cinta anugerah dan hadiah Maha Pencipta..masakan aku lebih mencintai hadiah daripada Pemberinya? Sepatutnya aku lebih menghargai tulusnya perasaan itu dgn menghargai kasih Pemberinya..
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu..benar, semangatku kembali pulih apabila mengagumimu..hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu..tazkirah-tazkirah darimu, aku ingat sentiasa dalam kotak memoriku..satu PENGAKUAN, aku mengagumimu..tidak berani aku menyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan takrif apa pun tentang perasaanku padamu..
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
kau pemuda SOLEH, disanjung dan dihormati ramai..sedangkan aku, wanita berduka solehahku TIDAK PASTI..
aku sedang dalam perubahan, setiap ayat-ayat cinta dariNYA terkesan dalam diriku..kini aku lebih banyak mengisi waktu bersamaNYA..tetapi aku tidak berani menyatakan ayat-ayat cintaku padamu,pemuda soleh..aku hanya mampu mengagumimu dari jauh..kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji ALLAH.."LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH."
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
aku kini bermujahadah untuk menjadi solehah..namun keutamaanku bukanlah untuk mendapatkan yang soleh, cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh..
akhir kata, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu..bukan kerana kekayaanmu, bukan kerana ketampanan wajahmu..bukan kerana keturunanmu, dan bukan jua kerana popularitimu..semoga kau beroleh rahmat dariNYA..
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
p/s : maafkan bilaku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah..ayat-ayat cinta bercerita, cintaku padamu...
~Jika aku mencintaimu kerana Allah, tak perlu risau andai kita tak dapat bersatu, kerana kita tidak pernah tahu adakah aku sudah baik untukmu dan kau baik untukku menurut Allah.~
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•
No comments:
Post a Comment